21.04.2011, Khamis - Hari ini Syah demam dan tak larat hendak kerja. Tekak dan kerongkong Syah rasa macam ada benda jer tetapi sakit yang Syah inform semalam sudah berkurangan. Shukur Alhamdulullah dan minta-minta tak ada apa-apalah. Pagi tadi makan supplment untuk lutut sebelum breakfast. Makan pagi Syah buat Horlic O + Oat dan makan antibiotik untuk tekak Syah, ubat demam, fish oil dan vitamin E. Hari ini cuaca panas sedikit dan Syah basuh kain. Kepala Syah rasa pening sedikit dan sekarang jam 10:19hrs dan Syah hendak jemur pakaian yang dibasuh tadi.
Pagi ini Syah bangun jam 05:00hrs tetapi disebabkan demam Syah tidur semula dan bangun hampir jam 08:30hrs. Lepas tu Syah call Kak Rose tanya pasal bila due date account closing dan Kak Rose maklumkan esok. Sempatlah Syah sediakan semua doumen esok pagi dan petangnya pula ada appoint fisioterapi. Syah juga sempat call Mr Loo minta acount no dia sebab nak bank-in kan duit vitamin E yang diahantar ke office Syah tempohari. Dah dua minggu pending payment sebab bila dia datang Syah tak ada dipejabat. So call minta acc no dia coz nak transfer duit terus kepada dia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.