Monday, April 11, 2011

Sakit Syah

20.04.2011, Rabu - Pagi nie hari hujan dan hari ini Syah ada sesi fisioterapi untuk lutut Syah. Sebelum tu nanti Syah hendak jumpa doktor kerana tak sihat sakit tekak dan kerongkong. Semalam semasa minum di Kelab Nutrisi tiba-tiba Syah rasa kerongkong Syah sakit sangat hendak menelan dan bila telan air liur macam sakit. Di gusi bawah Syah macam hendak kena ulser. Petang semalam rasa nak demam.

Mungkin kurang minum kerana Ahad lepas Syah keluar rumah dan minum kurang kemudian hari isnin Syah puasa. Pagi tadi tekak dan kerongkong Syah sakit lagi dan bila Syah tekan di bahagian leher dibawah halkum rasa sakit tapi lepas tu sakitnya kurang sikit. Bila Syah mendongak dengan regangan rasa sakit kat bahagian tu. Syah rasa macam nak demam jer dan kelenjar bawah ketiak Syah macam sakit masa bangun tidur tidur tadi tetapi sekaang ok plak............... cuma rasa nak demam jer.

Mata Syah pula kadangkala rasa sakit sket dan macam biasa rasa ada selaput tapi bila gosok hilang dan Syah letak artifical tears sebab Syah ada masalah Dry Eye. Syah ada rabun jauh dan dekat serta silau tapi Syah tak suka pakai cermin mata. Degil kan .............tetapi bila rasa penglihatan tu lain macam jer Syah pakai cermin mata. Syah juga ada masalah floaters kat mata Syah. Floaters tu bila kita tengok benda putih atau berada diluar rumah atau cahaya matahari mata akan nampak macam ada benda berterbangan warna hitam kecik-kecik. Masalah nie dari dulu lagi dan memang tak ada ubat.

Ibu jari kaki kiri Syah sakit dah berminggu macam ada cagu. Bila tekan sakit tapi Syah tengok kukunya ok mungkin ada masalah kuku tumbuh kat dalam kot? kalau kat kampung dulu jika kena macam nie Syah letakkan inai tapi kat KL nie mana nak cari daun inai. Hemm.......... ada-ada jer kan. Apa-apapun Syah doakan anda semua sihat dan memulakan pagi ini dengan dengan penuh semangat............. Doakan Syah diberikan kesihatan yang baik yer Kawan-Kawan Semua. Terima Kasih Semua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.