13.04.2011, Rabu - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dalam kenyataan akhbarnya hari ini menasihatkan supaya rakyat Malaysia tidak mengunjungi daerah Fukusima, Jepun kecuali jika mempunyai urusan penting kerana status loji nuklear Fukushimi Diichi masih dalam keadaan serius. Tambah beliau, pihak berkuasa Jepun telah mengarahkan supaya pengunjung tidak memasuki kawasan pemindahan pada jarak 20 kilimeter dari loji berkenaan.
Jika anda ingin mengetahui perkembangan terkini berhubung masalah ini anda dinasihatkan supaya menghubungi pihak berkuasa tempatan di Fukushima, Kedutaan Besar Malaysia di Jepun atau Kedutaan Besar Jepun di Malaysia. Hasil daripada pemantauan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mendapati tiada pencemaran radioaktif yang dikesan dalam sampel air laut, air hujan dan tanah di Malaysia berdasarkan hasil dari keputusan sampel yang dikeluarkan oleh Agensu Nuklear Malaysia pada 08.04.2011.
Beliau memaklumkan bahawa, semalam negara Jepun telah meningkatkan tahap kemalangan di loji nuklear Fukushima Daiichi daripada tahap lima kepada tahap tujuh yang merupakan tahap paling buruk mengikut skala antarabangsa. Menurut beliau tahap kemalangan pada loji nuklear pada tahap tujuh adalah melebihi 50,000 Terra Becquerel. International Nuclear and Radiological Event Scale dan AELB akan terus melakukan ujian sampel terutama pada sampel air laut diseluruh negara kita iaitu di Kota Bahru, Kuala Terengganu, Kemaman, Kuantan, Pasir Gudang, Kuching, Bintulu, Labuan, Kota Kinabalu, Kudat dan Sandakan.
Sementara itu Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluru Malaysia masih menunjukkan paras normal dan pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Portal diempat lapangan terbang antarabangsa Malaysia tidak menunjukkan sebarang kesan pencemaran setakat ini.
Negara Jepun dilanda gempa bumi pada 11.03.2011 lepas dengan magnitud 9.0 pada skala Richer yang menyumbang kepada berlakunya Tsunami seterusnya merosakkan loji nuklear di Fukushima dengan jumlah korban menjangkau 10,000 orang dan ramai lagi dilaporkan hilang.
Maklumat ini adalah dari Bernama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.