04.05.2011, Rabu - Pada hari Selasa lepas, Biro Keluarga Diraja Thailand dalam kenyataannya melaporkan bahawa Raja Thailand, His Majesty King Bhumibol Adulyadej dilaporkan beransur sembuh dari pembedahan mengeluarkan 'cerebrospinal fluid" http://en.wikipedia.org/wiki/Cerebrospinal_fluid. Baginda yang berusia 83 tahun telah diletakkan dibawah pengawasan doktor di hospital semenjak September 2009 lagi. Baginda telah diberikan rawatan antibiotik melalui saluran darah sejurus selepas menjalani prosidur pembedahan selama 30 minit pada hari Isnin 02.05.2011 lepas. Baginda mengalami sedikit kesakitan selepas prosuder berkenaan tetapi pada keseluruhannya tahap kesihatan baginda dalam keadaan memuaskan.
Baginda telah menghadkan penampilan baginda kepada umum semenjak dimasukkan ke hospital dan kebanyakan penampilan baginda di media elektronik mengambarkan baginda berada dalam keadaan kesihatan yang stabil. Menjadi satu budaya di Thailand dimana sebahagian daripada rakyatnya terlalu menyanjung tinggi Raja mereka yang dianggap suci dan mulia manakala isu kesihatan baginda adalah terlalu sensitif terutamannya dalam menentukan pengganti baginda yang agak rumit memandangkan masalah politik dalaman yang melanda Thailand sekarang ini.
Perbincang umum mengenai monarki di Thailand adalah terhad kerana iannya dikawal oleh undang-undang yang ketat dan tidak sewenang-wenangnya untuk diperkatakan oleh semua orang sehingga boleh didakwa dan jika didapat bersalah boleh membawa kepada hukuman sehingga 15 tahun penjara. Isnin lepas Biro Keluarga Diraja mengulangi kenyataan mereka bahawa baginda telah sembuh daripada jangkitan paru-paru tetapi terpaksa berada dihospital untuk pemulihan fisikal dan memastikan baginda mendapat pemakanan yang betul.
Difahamkan bahawa kelebihan kandungan cerebrospinal fluid akan menyebabkan ketidakstabilan apabila baginda berjalan, dan ini adalah sesuatu yang normal sebenarnya bagi indiviidu-individu yang sudah berumur. Bersama-samalah kita mendoakan agar His Majesty King Bhumibol Adulyadej cepat sembuh dan dipanjangkan usia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.