28.04.2011, Khamis - Prince William dan Kate Middleton telah dimaklumkan oleh oleh pihak Istana Buckingham mengenai tatatertib yang harus mereka ikuti pada petang menjelang majlis perkahwinan mereka. Di Britain, pasangan yang akan berkahwin akan bersama-sama menghadiri jamuan makan malam bersama saudaramara terdekat dan teman rapat pada petang menjelang hari perkahwinan mereka tetapi situasi ini tidak akan berlaku dalam keluarga diraja yang penuh dengan protokol dan adat istiadat yang harus dipatuhi.
Mengikut tradisi keluarga diraja Britain pasangan yang akan berkahwin tidak dibenarkan berjumpa diantara satu sama lain menjelang senja sehinggalah pada majlis perkahwinan mereka keesokan harinya. Esok pagi 29.04.2011 lebih kurang jam 03:00hrs waktu Malaysia dan jam 19:00hrs waktu London (28.04.2011) Prince William dan Kate Middleton akan dipisahkan sementara waktu sehinggalah mereka berjumpa di Westminister Abbey pada pagi 29.04.2011 untuk majlis perkahwinan diraja. Majlis Perkahwinan dijangka bermula pada jam 18:00hrs waktu Malaysia dan jam 11:00hrs waktu London.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.