11.04.2011, Isnin - Pagi ini Syah ada appointment dengan Kelinik Pusat Perubatan Menara untuk Fisioterapi lutut Syah. Dari Rawang Residence Syah akan terus ke Kelinik dan will inform my Boss via SMS. Pagi nie Syah makan Suppliment untuk lutut kerana iaperlu diambil sebelum makan, selepas tu Syah ambil 1/2 roti wholemil dan Barli sebelum ambil Fish Oil dan Vitamin E.
Mengenai mimpi pula tak tahu mengapa rasanya Syah dan ada macam my Brother Muss dan my sister Intan tak silap Syah. We all naik tangga yang tinggi dan curam walaupun Syah kata agak gayat walaupun sebelum ini Syah tak gayat naik tangga tu rasanya. Walau bagaimanapun akhirnya walaupun Syah macam gayat dan nak jatuh Syah sampai keatas juga bersama-sama mereka tadi. Lepas tu rasanya hari hujan dan on the way jalan Syah macam nampak dua pasangan duduk dalam macam satu khemah @ bas stand tapi Syah tak ingat. Mereka berpakaian kuning dan salah seorangnya adalah Raja Nur Jan yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka tu. Syah ambil kamera kononnya hendak ambil gambar dengan dia tetapi Syah terlambat semasa hendak bercakap dengan Muss dan bila Syah toleh dia sudah tak ada. Syah rasa dia ada didalam bilik belakang tempat dia duduk tu tapi Syah kata tak apalah ............... lepas tu Syah terjaga.
Tak tahulah apa tafsiran mimpi tu kerana kata orang mimpi tu permainan hidup sahaja, hasutan syatan dan macam-macam lagi tetapi ada juga yang percaya mimpi itu sebagai satu petanda kepada kita. Sebagai manusia kita harus berusaha untuk mendapat/mencapai sesuatu dalam hidup kita tetapi setelah kita berusaha dan tidak berjaya itu adalah takdir dan ketentuan yang telah ditentukan oleh Yang MAHA ESA. Dan .......... Kita jangan cepat berputus asa kerana berlakunya sesuatu perkara itu ada hikmahnya dan kita mencuba lagi memperbaiki kelemahan kita untuk kita mencapai apa yang kita hajati dan pasti kita akan berjaya kerana kita belajar dari kesilapan yang lalu. pasti kita akan berjaya akhirnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.