Syah dalam Komuter pagi ini. Actually Syah potong misai dari minggu lepas lagi dan tinggalkan janggut. Ok tak...... tapi ramai kata Syah ok kalau ada gotee dan jangut.
06.04.2011, Rabu – Sekarang jam 07:05hrs dan Komuter Rawang-Bangi baru saja memulakan perjalanan. Sampai sahaja di KTM Rawang jam 06:55hrs dan Syah berlari-lari walaupun lutut agak sakit sedikit untuk masuk ke Stesyen takut ketinggalan keretapi.. Kebetulan train yang ada berada dilandasan no.3 dan Syah terpaksa naik jejantas, sampai sakitlah sedikit lutut kerana nak cepat punya pasal. Lega dapat duduk diseat yang dua-dua bukannya memanjang.Sambil tercungap-cungap Syah tanya salah seorang penumpang, Train nie ke KL ker ? dan dia kata ya.
Masa dalam komuter tiba-tiba lalu Shuttle Ipoh-KL ................. Alamak nak menyeberang sure tak sempat dengan keadaan lutut Syah yang tak mengizinkan itew. Tak per lah, nampak gayanya pagi nie tersasar target Syah sebab naik train yang berhenti-henti disetiap station. Syah ingatkan shuttle dah lalu sebab masa dalam bas nampak ada train yang sudah jalan. Tak apalah yang penting sekarang train jalan juga Cuma lambat dan cepatnya sahaja. Pagi ini pula jam 09:00hrs ada morning gathering iaitu acara bulanan di Bahagian Syah. Tak tahulah siapa yang nasib baik yang akan dipilih untuk bercakap pagi nie.
Secretary boss akan buat cabutan bertuah nanti untuk memilih mangsa tersebut. Heheheheh............. Siapa yang kena kita tunggu dan lihat lah yer.. By the way pagi ini juga Dr. Zainal akan merasmikan mini pentas yang dibuat oleh beberapa kakitangan di Bahagian Syah. Siapalah yang akan jadi orang pertama berucap atas pentas berkapet merah tu nanti. Jangan Syah yang kena Sudah...kuang...kuang...kuang. Pagi tadi Syah jenguk belakang dapur Syah dan tak nampakpun kucing jantan putih yang selalu lepak kat situ. Mungkin dia ada port baru yang lebih selesa ataupun dah mati.
Kucing tu badannya kurus sangat, telinganya berkurap sedikit dan Syah nak halaupun kesian dan Syah bagi dia makan makanan kucing. Dua hari lepas tu tak nampak pula dia. Dia Nampak lemah dan macam tak bermaya, bila Syah buka pintu dia macam tak nampak bila dekat baru dia nampak. Tak tahulah jika dia ada masalah penglihatan ker. Kesian Syah tengok sebab tu bagi dia makan. Tapi kalau dia mati, itu kehendak yang maha Esa kerana sudah takdir kerana setiap yang hidup pasti akan mati. Lepas solat ada juga doakan supaya kucing tu selamat dan tak dikacau oleh anjing.
Ok ............. sekarang sudah jam 07:20hrs dan Syah sudah sampai di Stesyen KTM Sungai Buloh. Sehingga kita berjumpa lagi dilain entry...............
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.