Saturday, April 23, 2011

Isnin Cuti dan Kesihatan Syah

02.05.2011, Isnin - Hari ini cuti umum sempena Hari Pekerja semalam 01.05.2011 yang jatuh pada hari Ahad. Pagi tadi Syah ke kedai untuk beli keperluan dapur tetapi mineral water yang Syah biasa beli tu sudah habis. Nantilah fikir nak ke Pekan Rawang atau beli jer drinking water kerana kat kedai tu banyak stoknya. Ada dua kedai runcit di Rawang Residence tetapi semuanya mineral water out of stock. Dari kedai runcit Syah kekedai Mamak untuk beli tosei. Syah beli dua tosei untuk breakfast.

Sekarang jam 10:20hrs dan Syah baru lepas breakfast dan makan ubat seperti biasa. Lutut Syah semakin ok dan ada rasa sakit sedikit-sedikit tu biasalah. Buang air kecil ok tetapi bawah perut sebelah kiri Syah membawa ke ari-ari berhampiran testis Syah rasa sakit sedikit jika Syah buat regangan atau bergerak. Ada masa-masanya rasa tu datang dan bila ditekan ada masanya sakit ada masanya tidak, dulupun ada tetapi hilang dengan sendirinya. Kepada para pembaca setia blog Syah, Doakan Syah sihat yer .

Kepada yang bercuti Syah ucapkan Selamat Bercuti dan habiskan masa-masa terluang ini bersama orang-orang yang tersayang terutamanya keluarga sendiri "Stay Connected With The Family". Kepada yang bersorangan lakukanlah aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah untuk diri kita sendiri. Kepada yang sedang bertugas, teruskan usaha murni anda sebagai seorang pekerja yang proaktif dan komited terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Selamat Hari Pekerja dan Selamat Bercuti Semua ..........

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.