Wednesday, April 6, 2011

Dr Bala di TV9 Bincang Masalah Batu Karang

Dr. Bala @TV9 Pagi Ini


10.04.2011, Ahad - Pagi ini Syah menonton Siaran Langsung TV 9 Nasi Lemak Kopi O dan tajuk yang dibincangkan adalah mengenai batu karang. Syah lihat macam kenal sahaja tetamu undangan tu dan macam Syah pernah jumpa. Bila Syah amati betul-betul dan lihat namanya Dr. Bala baru Syah ingat dia adalah doktor pakar urologi dari Sentosa Medical Center masa Syah masuk hospital sebab masalah sakit buang air kecil tahun lepas.

Perbincangan mereka kali ini adalah mengenai Batu Karang. Nak share sedikit hasil perbincangan mereka pagi ini dengan anda semua. Menurut Dr. Bala, Kebarangkalian untuk lelaki mengidap batu karang adalah lebih tinggi daripada perempuan atas faktor keadaan badan kedua-dua gender berkenaan. Rawatan batu karang bergantung pada saiz dan dimana letaknya batu berkenaan. Secara amnya jika di buah pinggang dan iannya kecil rawatan laser adalah penyelesaian dan jika iannya besar mesti dilakukan pembedahan.

Simptom-simptom sakit batu karang adalah berasa sakit dibelakang di bahagian buah pinggang - Dr Bala maklumkan jika pesakitnya datang dan memegang pinggang mereka itu adalah tanda batu karang. Selain daripada itu pesakit akan menghadapi masalah pendarahan dalam urine (keluar darah bila kencing). Selain daripada itu pesakit akan berasa demam dan rasa nak muntah.

Seorang pemanggil bertanya dia merupakan seorang pemandu lori dan kerap menahan kencing. Dia bertanya adakah dia akan berpotensi mengidap penyakit itu. Menurut Dr. Bala kebanyakan mereka yang bertugas sebagai pemandu kurang minum air dan selalu menahan buang air kecil. Kekurangan minum air menyebabkan peningkatan pembentukan batu dikalangan profession ini tambahnya.

Seorang Pemangil Prempuan memaklumkan dia mengandung dan ada 2mm batu karang dipundi kencingnya dan makan ubat dan minum air dengan banyak tapi batu itu tidak keluar juga. Menurut Dr. Bala, batu itu didalam buah pinggang bukannya pundi kencing. jika batu itu kecil iannya boleh dirawat dengan memakan ubat kalsium dimana iannya akan mengubah ph air kencing sesorang dan batu itu akan larut perlahan-lahan. Ini adalah untuk rawatan bagi batu yang kecil atau jenis lembut dan memerlukan masa yang lama untuk larut. Ibu-ibu yang mengandung juga boleh mengambil ubat ini tetapi mestilah atas nasihat doktor terlebih dahulu.

Seorang pemanggil perempuan memaklumkan ayahnya sudah berumur dan dulu pernah menjalani pembedahan batu hempedu dan selepas operation ayahnya dimasukkan ke ICU. Beliau risau adakah perkara yang sama akan berlaku selepas pembedahan kali ini. Menurut Dr Bala, setiap pembedahan ada risikonya terutamanya faktor usia yang telah lanjut dan berlaku komplikasi semasa pembedahan terutamanya mereka yang mengidap darah tinggi dan kencing manis. Menurut beliau lagi, pembedahan batu hempedu dan batu karang adalah dua perkara yang berbeza. Pembedahan batu karang adalah untuk membuang batu itu sahaja manakala pembedahan batu hempedu perlu dilakukan dengan membuang batu dan hempedu itu sekali. Dr. Bala memaklumkan jika batu itu kecil elok dilakukan ikhtiar lain seperti laser berbanding pembedahan.

Menurut Dr. Bala, batu yang kecil adalah lebih menyakitkan daripada batu yang besar kerana batu yang besar tidak bergerak dan pesakit mungkin akan berasa nilu sahaja manakala batu yang kecil akan bergerak dari buah pinggang ke saluran kencing menyebabkan rasa yang terlalu sakit. Menurut Dr. Bala ada pesakit perempuan memaklumkan bahawa rasa sakit batu karang adalah lebih menyakitkan daripada rasa sakit untuk bersalin.

Akhirnya Dr Bala menasihatkan agar kita minum cukup air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. Tambah beliau untuk mengetahui badan kita mempunyai air yang cukup adalah dengan melihat warna air kencing kita. Jika warnanya jernih seperti air paip, bermakna air dalam badan kita cukup manakala jika warnanya kekuningan bermakna air kurang dalam badan kita.

Syah berharap hasil perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak jika anda atau orang sekeliling anda mengidap sakit batu karang dan simptom-simptomnya. Mencegah adalah lebih baik dari merawat tetapi jika anda menghadapi masalah batu karang segeralah mendapatkan nasihat doktor secepat mungkin sebelum iannya melarat. Jangan lupa minum air secukupnya, maksud air disini bukannya air gas/kordial tetapi air kosong atau mineral water.

2 comments:

  1. Alhamdulilah kerana saya telah menjalani operation mmbuang batu karang di buah pinggang sebesar 1.5cmx2. Ia dijayakan sendiri oleh Dr. Bala Sundaram M di KPJ Sentosa Medical Centre. Saya sangat bertuah apabila menghadapi masalah ini dan dipertemukan dengan Dr. Bala kerana beliau seorang y sangat pakar dalam.bidang ini. Sikapnya yang sgt humble dalam menangani kes saya mampu membuat saya cepat sembuh secara psikologi. Apa yang disebutkan oleh wawancara di atas dan blogger mmg betul. Oleh itu mulalah minum byk air kosing dari hari ini.

    ReplyDelete
  2. eh dr bala.....xsengaja sy cri info pasal batu karang dan buah pinggang..sy tiba2 nampak gmbr tu...dan sy kenal.dia la dktr yg telah menebuk kedua2 buah pinggang sy.kerana buah pinggang ada batu karang.

    skrg masalah sy terdapat medulally atau mendapan kalsium dalam daging buah pinggang..huh...so dktr tu sgt baik dan bg suggest mcm2 kat sy untk kesihatan buah pinggang...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.