17.04.2011, Ahad - Sorry semua baru malam nie dapat update blog kerana baru sampai rumah. Pagi nie jam 08:00hrs Syah keluar rumah dan terus dapat bas. Di stesyen KTMpun sama sampai jer ada train. Sampai KL Sentral Jam menunjukkan jam 10:30hrs dan Syah rasa sempat untuk ke KL Residence coz jam 13:30hrs Syah ada appointment di NY. Sampai stesyen jelatik Muss call dan tanya Syah dimana dan Syah inform on the way ke KL Residence dan dia berada di Wizuri Condo. Dia minta Syah tunggu di LRT Wangsa Maju dan fetch Syah untuk ke KL Residence dan kebetulan dia nak hantar barang ke KL Residence. Hari ini Syah cukur misai dan janggut kasi licin. Sampai KL Residence Syah singah dulu rumah sebelah yang buat renovation juga. Memang cantik sebab dia kontraktor dan Muss inform akan buat Kitchen Cabinet dengan mereka. Muss tunjukkan renovation yang telah dibuat termasuk bilik air baru dan bilik tidur Syah yang bewarna purple. Keadaan rumah memang bersepah dan berhabuk, kesian Syah tengok Hamster, Nomi dan Blackie yang terpaksa terkena habuk. Dulu ada Syah cadangkan bawa kucing-kucing tu ke Rawang Residence masa renovation tetapi Muss tak mau. Muss sempat kemas sangkar kucing lagi dan Syah buangkan najis kucing tu. Muss inform dia ada kursus ADK Challange (Audit Dalam Kumpulan) di Jerantut minggu ini bertempat di Pusat Penyelidikan Pertanian Tekam Resort selama seminggu. Lepas balik kursus, macam biasa hari Ahad depan dia akan outstation macam biasa pula. Means dua minggu dia tiada di KL cuma hari Sabtu depan saja dia ada dirumah dan esoknya outstation lagi. On the way balik ke Wizuri Condo Muss turunkan Syah distesyen LRT Wangsa Maju kerana Syah hendak ke LRT Bangsar. Dari Bangsar Syah tunggu shuttle bus ke Mid Valley tapi lambat Syah naik teksi jer. Sebelum ke New York Skin Solution Syah makan di foodcourt staff kerana makanannya murah Syah makan Meehon goreng dan tempe goreng. Adalah dua jam Syah buat facial dan selepas selesai Syah minta May Tan buat analisa kulit muka Syah. Syah tambah lagi facial hingga bulan Disember dengan kadar bayaran yang ada diskaun kerana Syah regular customer mereka. Sudah dua tahun Syah buat facial di NY. Di NY kita kena bayar semua dulu ikut pakej yang kita ambil dan bukannya bayar bila setiap kali kita buat treatment. Sepatutnya Syah buat facial sebulan sekali tetapi disebabkan busy dah 3 bulan Syah tak ke NY. Dari NY Syah ke Mid Valley Megamall semula untuk jalan-jalan dan Syah makan lagi di foodcourt itew tetapi kali ini Maggi Goreng. Satu bungkus RM2.00 memang banyak. Lepas tu Syah beli assorted roti di Jaya Jasco. Pusing-Pusing terus ke kedai buku, sempat tengok buku-buku termasuk buku Prince William and Kate Middleton yang berharga RM74.00 tak silap Syah. Bestnya kalau ada orang hadiahkan untuk Birthday Syah............ Hehehhehe just kidding.
Dari kedai buku Syah menyaksikan Fesyen Show Vincci jam 18:00hrs. Selepas selesai Syah terus ke Stesyen KTM Mid Valley untuk balik ke Rawang. Dalam Train Mak Aiiiiii........... dapat duduk tapi macam cacing kepanasan kerana gerabak tak ada aircond. Semua orang berpelunh dan berkipas dengan apa sahaja benda yang ada ditangan. Ini lagi satu masalah Komuter nie, selalu ada gerabak yang tak ada aircond dan bayangkan ianya berlaku waktu peak hours terutamannya macam hari Ahad nie. Sampai Rawang hampir jam 19:30hrs dan bas tak ada. Jam 20:30hrs baru bas datang dan Syah sampai Rawang Residence jam 21:00hrs. Dinner malam nie Syah buat sandwich sahaja.
Sekarang jam 22:00hrs dan kepala Syah sakit sangat sebab lama kat luar agaknya, tunggu bas lama dan keratapi tak ada aircond. Masa turun tangga di KTM Midvalley tadi kaki Syah terkedu dan sakitnya lutut Syah. Bila berjalan terasa sakitnya dan sekarangpun lutut Syah sakit sedikit. Dalam train tadi Syah sapu minyak panas kat lutut dan Syah tak kisahpun semua orang tengok sebab lutu Syah sedang sakit. Ok lah semua..................... Syah nak mandi nie, Sehingga berjumpa lagi yer................
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.