Dari AmBank Syah jalan kaki ke Bangunan Kurnia Insurance di Jalan Yap Ah Shak berhampirn Komplek Wilayah atau lebih senang tempat makan sup istemewa di Jalan Doraisamy dan sebelahnya Kampung Baru. Memang jauh Syah jalan tapi ok coz dah biasa dan tak berpeluhpun, shukur alhamdulillah. Syah jumpa Pn Anusha yang proses insuran kereta Syah hari tu. Syah inform belum print road tax sebab masa buat insurance hari tu Syah proses road tax sekali dan Syah pula lupa bawa geran kereta. Actually Syah buat road tax pada 30.12.2010 tapi disebabkan terlupa baru hari nie Syah hantar geran berkenaan. Ye lah kereta tak berjalan katakan? heheheh .............Masalanya mesin mereka pula ada problem sudah dua hari. Pn Anusha minta Syah tinggalkan geran dan bila mesin boleh beriperasi semula dia akan call Syah untuk ambil semula geran kereta tu.
Dari Kurnia, Syah jalan sedikit ke belakang untuk ke Stesyen LRT Dang Wangi. Dari Dang Wangi Syah ke KL Sentral coz hendak seattlekan bayaran credit card yang due datenya semalam. Syah bayar RM 1818.80. Syah bayar semua kerana hendak batalkan kad berkenaan. Pegawai bank tu inform supaya Syah call semula RHB Card Center untuk confirmkan jika ada caj yang tertinggal baru batalkan kad kerana mereka tak boleh check. Syah minta borang batalkan kad siap-siap upaya bila proses nanti senang dan tak payah nak isi borang lagi dikaunter. Dari KL Sentral Syah balik office dan singgah di Saloon yang berada di Wisma Pantai , ingatkan nak gunting rambut dan Syah siap tanya lagi you gunting rambut lelaki tak dan dia kata yer tapi jam 01:00pm sudah ada orang booking. So Syahpun terus balik office. Sekarang jam 13:41hrs dan Syah hendak solat zohor. Jumpa lagi semua.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.