Wednesday, March 2, 2011

Sultan Selangor Sampaikan Watikah Perlantikan Canselor UNISEL Yang Baru

Gambar dari Berita Harian


02.03.2011, Rabu- Semalam, Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menyampaikan watikah perlantikan Canselor UNISEL yang baru kepada YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad bin Raja Tun Uda. UNISEL atau Universiti Industri Selangor ditubuhkan pada 1999 merupakan sebuah pusat pengajian tinggi swasta terkenal di Selangor dengan 12,000 orang pelajar dari dalam dan luar negara. Istiadat ini dijalankan di Istana Kayangan, Shah Alam, Selangor. Dalam titahnya, baginda memaklumkan bahawa mengikut perlembagaan UNISEL, Canselornya adalah DYMM Sultan Selangor atau wakil yang dilantik oleh baginda. Titah baginda lagi

  • Menjadi tanggungjawab Beta untuk menggunakan segala kebijaksanaan memilih mereka yang Beta percayai sesuai dan berpotensi untuk mewakili Beta. Oleh itu, Beta berkenan menitahkan kepada seluruh rakyat Selangor supaya perkara ini tidak disalah erti dan dipolitikkan.

Baginda juga tidak mahu UNISEL terlibat dengan politik kepartian samada secara langsung atau tidak langsung kerana iannya akan merugikan universiti berkenaan dan menimbulkan pelbagai masalah. Baginda mahukan pelajar UNISEL menjadi pelajar yang cemerlang, bukan sahaja dalam bidang akademik malah siasah diri dan budi pekerti. Baginda juga turut mengambil kesempatan memberikan penghargaan kepada bekas Canselor UNISEL, Datin Seri Rosmah Mansor kerana telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau sebagai Canselor UNISEL dengan jayanya.

Entry Syah berhubung perlantikan Canselor baru Unisel :-http://tengkusyah.blogspot.com/2011/02/ym-raja-tan-sri-arshad-dilantik.html

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.