Jika kita anggap iannya sukar maka sukarlah jadinya, so buat apa nak susahkan diri sendirikan? Jika kita rasa diri kita nie susah, banyak lagi orang diluar sana yang lebih susah dari kita tetapi kehidupan mereka berjalan seperti biasa juga. Mana ada manusia didalam dunia ini tidak ada masalah walau sealim dan sekaya mana pun mereka masalah tetap akan ada dan terpulang kepada setiap individu untuk mengatasi masalah berkenaan. Lain orang lain cara penyelesaiannya dan yang penting pastikan kita Happy...............
Berbalik soal makan tadi, Syah buat decision untuk makan Mushroom Soup coz ada stock Vono instant Mushroom Soup yang Syah beli bulan lepas. Untuk menambahkan keenakan sup tu Syah campurkan dengan Cendawan Butang Dalam Tin yang Syah hiris nipis. Masaknya senang sahaja just panaskan air dan cendawan hingga mendidih dan kemudian campurkan instant mushroom tadi dan kacau hingga likat. Memang sekejap jer masaknya. Syah makan sup tu dengan Roti Wholemil. kalau ada Garlic Bread lagi sedap kan? Untuk minuman pula disebabkan stock celery, apel dan lobak masih banyak Syah buat Green Apple Carrot and Celery Juice.
Kena makan sebab stock tu Syah beli dah seminggu dan jika tunggu lama takut nanti sayur tu bonyok (lembik dan layu). Sambil buat entry nie Syah makan carrot jadi arnab sekejap. Cakap pasal arnab nie teringat My Sister, Kak Long Zainab di Ijok yang bela banyak arnab, dari dulu lagi Syah mengidam nak makan arnab tapi tak kesempatan lagi. Anda semua pernah tak mamam daging Arnab, sedap ker?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.