Thursday, March 3, 2011

Perjalanan Hidup Pagi Nie

03.03.2011, Khamis - Malam tadi Syah rasa betul-betul tak sihat coz balik rumah sahaja Syah sudah baring kerana rasa nak demam dan badan Syah letih dan kemudiannya Syah solat. Selepas tu Syah keruang tamu menonton TV sambil mentenet dan tanpa Syah sedar Syah tertidur diatas kerusi. Jam 22:47hrs syah terjaga dan kemudiannya buat apa yang perlu dan betul-betul letih dan mengantuk lalu Syah inform Cd yang kebetulan ada diruang tamu yang Syah nak masuk tidur. Jam 03:00hrs Syah terjaga sebab Muss buka pintu bilik Syah kerana bilik Syah bersebelahan toilet dan dia hendak ke toilet agaknya. Saja dia jenguk Syah sebab masa Syah sampai rumah approx jam 19:30hrs malam tadi dia sudah tidur. Dia inform baru jam 3 dan hari hujan. Jam 04:00hrs Syah bangun dan disebabkan badan rasa dah ok Syah bersahur dengan Dragon Fruit kerana nak puasa sunat. Syah minum air suam banyak-banyak. Jam 05:00hrs Syah bangun dan bersiap untuk ketempat kerja. Dua tiga kali Syah buang air kecil kerana minum banyak dan kalau di Rawang tak bolelah minum banyak sebab naik bas atau train nanti masalah nak buang air kecil.

Jam 06:25 Muss keluar rumah untuk ke pejabat dan tanya nak tumpang tak ? dan Syah kata its ok Syah jalan kaki sendiri ke Stesyen LRT Melati. Syah sempat salam Muss dan laga-laga pipi (macam orang arab tu) inform dia Syah balik semula ke Rawang petang nanti. Cakap pasal laga-laga pipi atau cium nie hanya pada orang-orang yang rapat dalam hidup Syah seperti Ayahanda, Bonda Tiri, Ejon yang merupakan Bonda Saudara Syah, Hasif anak saudara Syah dan my brother Muss. Setiap kali berjumpa atau ucap selamat tinggal Syah mesti cium (laga) pipi dengan mereka ini. Itu tabiat Syah semenjak dari dahulu lagi dan jika anda lihat Syah buat begitu maknanya orang tu adalah yang Syah paling sayangi dalam hidup Syah, bukan bermakna Syah tak sayang family members yang lain cuma mereka-mereka tu prioritynya lebih dalam hidup Syah.

Syah keluar KL Residence jam 06:30hrs dan naik LRT jam 06:45hrs dan sampai offine 07:45hrs. Masalah Syah sampai office nie adalah nak masuk pejabat sebab awal pagi passcard Syah tak function. Masalah nie terjadi awal pagi jer dan bukan terjadi pada Syah seorang tetapi beberapa staff lainnya. Sometimes kena tekan bell untuk orang bukakkan itupun kalau orang ada dekat interkom tu kalau tak terpaksa tunggu orang lain masuk baru dapat masuk pejabat. Ada member kata kalau jadi macam tu "kau ketuk-ketuk sedikit alat tu baru function" dan Syah cubalah pagi nie memang betul dan dua tiga kali ketuk boleh pula dia baca passcard Syah dan baru Syah dapat masuk.

Sekarang jam 08:25hrs dan Syah hendak sambung kerja semula. Ok ............. sehingga berjumpa di cerita yang lain, Syah menyusun 10 jari untuk mengundurkan diri buat sementara waktu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.