Monday, March 14, 2011

Bertekak Dengan Guard KL Residence Malam dan Pagi Tadi

14.03.2011, Isnin - Pagi tadi dan Malam tadi Syah bertekak sedikit dengan pengawal keselamatan - jaga (indian muslim) di KL Residence. Masalahnya bila kami balik rumah hampir jam 21:30hrs malam tadi, kami lihat kereta jiran (Chinese) parking dekat tempat kami. Bila Syah minta security panggilkan tuanpunya kereta terus dia cakap orang tu sudah keluar. Hemmmmmmm..... Menyirap Syah mendengarnya dan Syah tanya mengapa bagi dia parking tempat saya.

Alasanya, parking Chinese tu penuh dengan bahan buangan jiran sebelah rumah Syah yang sedang buat renovation. Sementara menunggu lori punggah sampah tu petang semalam, dia parking ditempat Syah. Itu Syah tak kisahlah dan yang hanginnya Chinese tu pula keluar dengan kawannya tak tahu kemana dan Security minta Syah parking kat tempat Chinese tu. Syah tanya mengapa awak bagi parking saya dan dia jawab kat Syah, you pun selalu ambil parking orang. Maksudnya dia refer kat Cd yang selalu parking di lot jiran yang tidak ada kereta. Syah inform, kita parking dekat orang yang memang tak ada kereta dan kita ada rumah. Jika kawan-kawan mereka datang kita alihkan bukannya kita parking tempat orang lepas tu kita tak ada dirumah. Dan Syah inform kita tak pernah parking ditempat orang yang ada kereta, kita parking ditempat rumah yang tak ada kenderaan. Lepas tu dia kata kalau tak puas hati jumpa committee. Muss tak parkingpun kat tempat chinese tu tapi parking kat sebelah parking we all yang tuan rumah tu tak ada kereta sebab Syah tak bagi parking kat tempat chinese tu mana tau ada paku ker coz subuh nanti jam 05:00hrs Muss hendak outstation.

Pagi tadi semasa hendak ketempat kerja Syah inform jaga supaya jangan biarkan orang parking ditempat Syah dan dia keep telling alasan semalam dan dia kata kalau you tak nak orang parking tempat you, you jangan parking ditempat orang. Baral betul jaga tu dan Syah inform dia sekali lagi saya bukan parking kat tempat owner yang ada kereta, saya parking kat tempat owner yang tak ada kereta dan saya ada kat rumah. Bila saudara mereka datang dan nak guna parking saya alihkan kereta sebab saya ada dirumah bukannya saya parking dan keluar ketempat lain. Biasanya kalau ada pelawat salah parking, jaga tu akan tampal notis kat kereta mereka tetapi kadangkala Syah lihat ada seorang penyewa India kat atas rumah Syah kalau parking kat tempat yang kosong tu jaga tu tak tampalpun notis dikenderaan tu. Perkauman ker ..........



By the way, semalam Syah tak jadi balik Rawang sebab Muss tak jadi outstation petang tu kerana bertolak pagi ini. So Muss minta temankan dia survey barang-barang untuk renovation KL Residence. Adalah tiga jam kami pusing-pusing di Houz Depot City yang menjual pelbagai barangan keperluan rumah dari bilik air, ruang tamu, tiles, dapur, bilik mandi sehingga seni taman semuanya ada disini. Bagus juga ada one stop center seumpama ini, tapi kita kena bawa sendiri barangan yang dibeli dan penghantara hanya untuk belian RM3,000.00 keatas dan mereka akan kenakan caj penghantaran. Muss sempat daftar jadi members lagi dan buat masa ini pendaftaran adalah percuma.

Muss beli Sinki dapur, pelapik kaki untuk bilik air serta pewangi rumah dan semuanya RM299.60. Sebelum masuk Houz kami lunch di Capitol Cafe Jalan Tuanku Abdul Rahman. Syah makan mee rebus dan barli panas manakala Muss meehon goreng dan coke. Selepas makan kami bergerak ke Houz yang terletak berhadapan Pertama Complex. Selepas selesai survey dan beli barang, kami balik dan singgah di Wangsa maju untuk dinner. Kalau parking di Houz mereka akan wavekan bayaran parking untuk sejam bagi setiap pembelian RM100.00 dan maksimum dua jam sahaja. Kami parking ditempat lain kerana caj mereka satu jam RM4.00 sejam dan selepas jam 18:00hrs mereka caj, RM6.00 /Entry. Ingatkan hendak makan laksa malam tadi tetapi kedai tu tutup dan kami makan dikedai orang Sarawak. Muss makan Nasi Goreng USA, Ice Kosong dan jus (tak ingat apa), Syah pula mee kolok (masakan Sarawak) serta jus carrot dan green apple. Hari ini Muss belanja semuanya. Thanks Bro. Sampai sahaja rumah ada jiran pula ambil parking kami. Heheheheh ...............

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.