Sunday, March 20, 2011

Makan Tengahari Ahad

20.03.2011, Ahad - Akhirnya Syah buat decision buat Tuna Sandwich untuk lunch. Syah buat tiga layer yang diletakkan Tuna Mayo, Kobis dan Tomato. Lepas tu Syah buat Mushroom Soup (instant) yang Syah tambahkan hirisan carrot dalamnya. Lama sangat atas kuali sampai nak kering airnya dan Syah tambah air semula. Sebenarnya Syah leka prepare juice. Untuk minuman pula macam biasa Syah favourate drink, Green Apple, Celery and Carrot Juice yang dibuat sendiri. Semasa sedang sibuk menyediakan lunch tadi, Syah dengar ada orang memanggil rupa-rupanya ayah Chong jiran sebelah rumah Syah inform hari hujan dan minta angkat karpet. Syah tak perasanpun hujan itew. Untung tak basah karpet dan hujan rintik-rintik tapi lantai Syah tengok basah. Hujan sekejap sahaja tak sampai lima minit dan sekarang panas terik balik. Jemput makan semua............
  • hari ini kena sembelit lagi tapi taklah teruk macam dulu, mungkin kurang makan fruit. Syah ingat nak makan dragon fruit semula untuk lawaskan buang air besar. Produk Herbal Life yang Syah minum di Kelab Nutrisi tu macam tak membantu masalah sembelit Syah walaupun Syah minum banyak air. Tetapi ia membantu dari segi berdiet sebab tak rasa nak makan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.