Monday, February 7, 2011

Tak Jadi Ambil Darah

07.02.2011, Isnin - Sekarang jam 15:04hrs dan Syah baru balik daripada Kelinik Zariff. Syah hendak ambil darah dan periksa keliling mata Syah sebelah kiri Syah yang selalu bergerak-gerak. Dr Faridah inform itu adalah aktiviti otot dibahagian mata dan iannya akan hilang dengan sendiri dan kadangkala kita tak sedarpun pergerakan tu akan hilang katanya. Memang betullah katannya, dulupun ada macam tu. Syah tanya ada ubat tak dan dia kata tak ada, bila Syah complain ada gatal sedikit dia beri ubat titik.

Dia batalkan untuk ambil darah Syah kerana Syah puasa hari ini. Sepatutnya untuk ambil darah Syah kena puasa dalam masa 9 atau 10 jam sahaja tetapi disebabkan Syah puasa sunat Isnin dan tak sahur dan datang kelinik pula jam 14:30hrs bermakna Syah telah terlebih puasa. Dia kata kalau hendak periksa kolestrol sahaja ok tetapi dia hendak periksa buah pinggang Syah sekali, so takut nanti bacaan tak tepat kerana dehydrated (kekurangan air). So Syah akan datang semula esok dan akan pastikan perut kosong selama 10 jam sahaja. Hemmmmm ......... tak tahu nak berbuka apa petang nie, sayur banyak lagi dalam peti sejuk. Mungkin masak kot.

Lunch tadi Syah ke KL Sentral untuk bayar Kad Kredit RHB bank dan selepas tu ke Petaling Street nak cari Dragon Fruit. Mak aiii .............. mahalnya RM10.00 sekilo dan sebiji roughly RM7.00. Tak jadi nak beli dan mungkin nak cari kat Giant Rawang macam hari tu sebiji RM 1.78 keatas jer. Tak tahulah masa tu offer ker tapi nanti nak tengok jugalah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.