15.02.2011, Selasa - Kelihatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama kaum kerabat diraja dan rakyat berarak sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2011. Tema sambutan pada tahun ini adalah Membina Sahsiah Dengan Ajaran Rasulullah. Malam tadi baginda menyampaikan titah perutusan Sambutan Maulidur Rasul melalui RTB keseluruh Brunei Darussalam.Dalam acara kemuncak pada hari ini, Baginda Sultan, Kaum Kerabat Diraja, Para Pembesar Negara dan Rakyat telah berarak mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh 4.3 kilometer bermula dari Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Perarakan ini disertai oleh 139 buah pasukan yang melibatkan lebih kurang 20,574 orang peserta.
Kemudiannya, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti upacara junjung ziarah dan ramah mesra oleh Sultan Brunei dengan Ketua-Ketua Pasukan yang mengambil bahagian. Majlis diteruskan dengan persembahan Dikir Marhaban oleh Pasukan Dikir Kementerian Kesihatan dan tembakan meriam sebanyak 21 das kedengaran diudara apabila ayat "Ya Habibi" dilaungkan. Bacaan doa selamat telah dibacakan oleh YB Pehin Mufti Kerajaan. Sebelum perarakan dimulakan, YB Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Yahya bin Haji Ibrahim telah mengepalai bacaan Selawat sebanyak 3 kali.
Perbarisan ini bermotifkan pertandingan yang di nilai menerusi lima kategori iaitu Penyertaan Perbarisan, Pakaian, Cogan Kata dan Salawat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.