Friday, February 4, 2011

Solat Jumaat dan Solat Jenazah

04.02.2011, Jumaat - Hari nie jam 11:40hrs Syah sudah keluar rumah untuk menunggu bas ke pekan Rawang kerana hendak Solat Jumaat. Macam tak selesa pula di pekan Rawang hari nie, ada Indian guy gemuk dan besar yang jaga kereta sapu tu suruh Syah ketepi coz hendak parking motor dia dengan cara yang kurang sopan dan Syah tengok balik muka dia dan dia buat tak tau jer. Apa dia ingat kita nie orang bangla atau indonesia ker ? Ini Melayu lah ....... Poralah lu. Naik bas pula satu hal, Abang pemandu tu letak kain belakang dia dan orang pula ramai dan Syah tak nampak masjid dan terlepas jauh. Terpaksa pula Syah jalan kaki dalam 10 minit untuk ke masjid semula.

Hari ini Syah Solat Jumaat di masjid Nurul Iman, Rawang. Semasa taskirah, tiba-tiba mata Syah nampak ada jenazah di satu ruangan dalam masjid. Kebetulan khutubah Jumaat hari inipun mengenai Pengurusan Jenazah dan Pak Imam menekankan bahawa pengurusan jenazah adalah tanggungjawab bersama bermula dari memandikan mayat, mengafan, Solat dan kebumikan jenazah. Pengurusan jenazah bukan hanya tanggungjawab Imam, Bilal atau Siak tetapi masyarakat khariah berkenaan perlu bersama-sama menyumbang dalam pengurusan jenazah. Beliau menyeru agar kita sama-sama menyertai khairat kematian ditempat masing-masing dan sunbangan kita juga merupakan salah satu tanggungjawab dalam pengurusan jenazah walaupun kita tiada ditempat berkenaan pada waktu itu.

Pada mulannya Syah ingat orang Bangladish yang meninggal tetapi Melayu rupannya. Syah sempat bertanya kepada waris Allahyarham siapa yang meninggal dan difahamkan seorang lelaki tua dari Taman Jati, Rawang. Sebab-sebab meninggal adalah sakit tua. Selepas solat jenazah, Jenazah diusung oleh kaum keluarga Allahyarham untuk dibawa ke tanah perkuburan. Al-Fatihah kepada Alahyarham. Semasa di Masjid tadi, Syah lihat banyak akhbar PKR - Selangor Kini diedarkan kepada jemaah.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.