Sunday, February 6, 2011

Pagi Ahad

06.02.011, Ahad - Pagi tadi selepas basuh dan jemur pakaian, Syah ke Pasar Tani Danau Kota. Ingatkan hendak cari Dragon Fruit tapi hampa tak ada. Syah belikan Nasi Lemak Kerang dan Sotong untuk Muss dan Cd tapi bukannya di Pasar Tani tetapi gerai tepi jalan berhampiran KL Residence. Syah beli kuih apam di Pasar Tani - RM2.00 for 5pcs. Sebelum tu Syah beli Horlic O Panas di kedai Mamak. Mas hendak balik Syah duduk sekejap di Food Court yang kosong dan makan 2 biji kuih apam dan minum horlic o tadi.

Semasa Syah sedang minum dan makan apam tu, Muss call dan Syah inform yang Syah di Pasar Tani dan dah belikan dia breakfast. Sampai rumah Syah letakkan nasi dan kuih dalam pinggan dan letak didapur. Lepas tu Syah pinjam Netbook Muss coz Syah tak bawa Syah punya dan tinggal di Rawang Residence. Syah lihat mereka ada basuh pakaian lagi dan Syah tolong jemurkan. Mus lepaskan Hamster, Blackie dan Noami dalam rumah dan macam biasa berlari sana-sini dan nak jadi cerita pecah jam perhiasan. Muss tak marahpun sebab kucing dia yang pecahkan. Masa hendak masukkan kucing dalam sangkar semula, Noami terlepas keluar dan terpaksa Syah dan Muss tangkap dia semula.

Sekarang jam 12:05hrs dan Cd sedang kemaskan keperluan Muss untuk outstation ke Bahau minggu ini. Katannya jam 16:00hrs akan bertolak dengan kereta dia. By the way mereka baru tiba dari Kuantan petang semalam tetapi balik rumah hampir jam 22:00hrs kerana ke rumah Kak Ngah Faziah. Muss kesana kerana Syah tak sampai lagi dan mereka tak bawa kunci, dan mungkin kunci tu diberi pada staff Cd untuk tengok-tengokkan kucing. So, solutionnya ke Rumah Kak Ngah Faziah ambil kunci spare. Agaknya lah dan Syahpun tak tanya .......... Bila ke rumah Kak Ngah takkan lah nak balik cepat nanti apa pula kata Kak Ngah Faziah kan?

Mungkin lepas Zohor atau tunggu baju Syah kering, Syah akan bertolak ke Rawang semula tetapi akan singgah ke Citibank untuk bayar hutang Credit Card. Kepada anda yang dalam perjalanan pulang ketempat masing-masing sempena cuti Tahun Baru Cina ne, Syah ucapkan selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry .....................

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.