Depan dari Kiri ke Kanan, Makcik dan Beha. Dibelakang pula Angah, Muss dan Cd dihadapan Rawang Residence syah.
Hasil "Air Tangan Syah" hari ini untuk tetamu istemewa di Rawang Residence. Kerabu Petola Ala Maharum, Daging Salai Masak Lemak Cili Api dengan kentang, Sea Food Vegi Paprik, Ikan Pari Masak Asam Pedas dan Ayam Goreng Berempah Kak Cik Style. Makan dengan Nasi Putih. Minuman Orange Juice dan Hot Strawberry Tea.
Syah potong sayur, kupas bawang, halia, cili api,kentang, siang udang dan sotong serta potong daging salai. Tugas-tugas Syah selesai hampir jam 02:00hrs dan lepas tu Syah terus tidur. Pagi tadi Syah bangun hampir jam 07:00hrs. Selepas cuci kain dan kemas rumah sedikit Syah mula memasak jam 10:00hrs dan selesai hampir waktu zohor. Muss bertolak selepas Zohor dan sampai Rawang Residence hampir jam 14:30hrs. Lepas makan Muss dan Cd tertidur manakala Makcik, Beha dan Angah menonton TV. Masa kami bersembang di ruang tamu, Azrin dan Arip datang dan inform mereka baru balik dari berkelah di Tampler. Sebelum balik ke KL Residence Muss singgah di rumah Azrin untuk ambil buah pelam dan limau nipis. Lepas solat Maghrib tadi, Syah panggil Azrin makan kerana masih banyak lagi lauk yang Syah masak tapi Azrin minta hantarkan makanan tu kerumah dia kerana ada orang datang. So Syah hantarkan makanan tu ke rumah Azrin sebab Syah tak boleh makan kerana sedang "jaga Makan".
Ibu dan adik Cd, Makcik dan Beha
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.