Hari Keputeraan Sultan/Raja/Yang di-Pertuan Besar merupakan hari kelahiran KDYMM, DYMM Baginda Tuanku dan ianya akan disambut oleh negeri berkenaan dengan pelbagai program yang dirancang termasuk Penganugerahan Pingat dan Darjah Kebesaran. Pada hari ini juga akan diistiharkan sebagai Cuti Umum bagi negeri berkenaan. Dalam bulan January 2011 ini terdapat dua orang raja yang akan menyambut hari keputeraan baginda iaitu :-
- 14.01.2011 :- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
- 16.01.2011 :- Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.