Saturday, January 8, 2011

Melawat Kun Yam Thong Tample

Kuil Kun Yam Thong Temple terletak di No. 161, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Kuil ini boleh dihubungi di talian 03 21648055 fax : 03 21637118.


07.01.2011, Jumaat - Mengikut Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia, Islam merupakan agama rasmi Persekutuan Malaysia. Walau bagaimanapu agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni. Sehubungan dengan itu wujudlah Masjid-Masjid dan Rumah Ibadat untuk warga Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dan ianya boleh dilihat dimerata tempat di negara kita. Sewaktu dalam perjalanan menunaikan Solat Jumaat ke Masjid Asy-Syakirin KLCC Syah berjalan kaki dari Ampang Park LRT Station ke KLCC. Di Jalan Ampang berhampiran Restoran Pelita anda mesti perasaan ada sebuah kuil dan biasanya bila Syah lalu waktu petang kuil ini tutup tapi disebabkan hari ini Syah lalu waktu pagi kuil tu buka. Rupa-rupanya Kuil Budha yang dinamakan Kun Yam Thong Temple. Syah mendapatkan kebenaran daripada kaunter pertanyaan untuk masuk melawat. Dengarnya orang ramai terutama waktu lunch untuk bersembahyang dan disini ada disediakan makanan vegetarian tapi Syah tak pasti samada percuma atau perlu dibayar. Kebanyakan pekerja beragama budha mengambil kesempatan untuk bersembahyang di kuil ini pada waktu lunch. Besar juga kawasan kuil ini dan ada pelbagai patung Budha dan Dewa-Dewa didalamnya. Menurut pegawai yang Syah jumpa, Kuil ini berusia hampir 135 tahun dan dibuka setiap hari dari jam 07:30hrs dan tutup jam 16:00hrs. Syah tak ambil masa lama disini adalah lebih kurang 10 minit coz Syah hendak ke Masjid untuk solat Jumaat.

Sebahagian Patung-patung Budha yang terdapat di ruang sembahyang Kuil ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.