Bila masuk waktu Maghrib Syah minum air twister orange dan makan jambu batu yang Syah beli di Central Market dalam perjalanan ke Bangkok Bank tadi. Lepas tu Syah makan ubat. Dalam hati berdoa sempatlah sampai sebelum jam 20:30hrs kerana itu waktu last bas ke Rawang Residence dan jalan memang jem tapi bergerak. Apabila bas sampai di stesyen bas metro, Syah bergesas sambil berlari-lari anak ke stesyen bas berhampiran 7E Rawang yang jaraknya agak jauh sedikit. Shukur alhamdulilah bas ke Rawang Residence masih ada cuma Syah terpaksa berdiri dan bas lebih kurang lima minit lagi hendak bertolak. Syah hanya dapat duduk setelah bas memasuki kawasan taman perumahan apabila ada penumpang yang turun.
Sampai rumah Syah lihat banyak daun kering dan baru teringat penyapu Syah sudah patah. Lepas Syah letak beg dalam rumah, Syah ke kedai berhampiran untuk beli air soya bean dan roti. Malangnya roti gardenia tak ada sudah habis. Dua-dua kedai habis dan yang ada roti biasa dan Syah tak mahu roti tu. So Syah beli penyapu sekali RM5.90. Balik rumah Syah tegur uncle sebelah rumah dan bersembang sekejap dengan anak Uncle Jega, jiran Azrin yang sedang bawa anjingnya berjalan-jalan. Lepas sapu sampah depan rumah, Syah panaskan AEL dan solat Insyah dan Qada Maghrib.
Tak tahu nak makan apa. Tak mengapalah Syah minum sahajalah Soya tu dan esok baru makan di office. Inilah masalah kalau Syah di Rawang Residence memang susah nak cari makanan. Call my sister Ella inform dia ada mee segera kat dapur Syah dan Syah malas nak makan mee segera kerana sedang berdiet dan Kak Lang Ella pun kata jangan makan mee segera kerana tak elok. So tak per lah, esok sahaja lah Syah makan. Heheheh ok semua jumpa lagi dilain entry. Have a nice day............
Asalamualaikum
ReplyDeleteSaya suka membaa entry Saudara Syah. Secara tidak sengaja selepas cuba mendapatkan maklumat tentang anak-anak Sultan Alam Shah. Mungkin saudara terlupa masukkan Bonda Sultan Brunei juga adalah anak kepada Sultan Alam Shah.
Paling menarik ada sebuah gambar Sultan Alam Shah disamping Tuanku Ampuan Jemaah yang bertudung labuh sampai ke dada bergambar bersama Gen Templer dan Lady Templer berlatar belakang bukit di lokasi Templer Park sekarang.
Oh, satu lagi, saya harap saudara Syah yang memang tak tinggal puasa sunat agar dapat memahami konsep solat dengan betul.
Solat adalah awajib pada waktunya. Puasa Ramadhan x dpt buat boleh di ganti tapi tidak kepada solat. Saya cadangkan saudara solat Magrib di mesjid dulu sebelum naik bas.
Meamng sukar utk dilakukan tetapi tidak ada Qadha solat. KECUALI jamak. tetapi keadaan saudara ini complicated sikit.
memang ada pendapat boleh jamak dalam keaadaan saudara yang naik turun bas dan tiada sumber pengangkutan lain.
Kerana kesempitan pengangkutan, kenapa tidak menaiki motosikal yang dikunci di pekan Rawang untuk pulang ke rumah? Kapcai pun x apa. Jadi, turun bas dari KL boleh solat dulu sebelum naik motor ke rumah. Yang penting solat dijaga.
Ini komen ikhlas kepada saudara yang saya hormati.