17.01.2011, Isnin – Semalam 16.01.2011 penduduk dan pengunjung Pantai Kandis, Bachok, Kelantan dikejutkan dengan kehadiran Mantan Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra dan isteri YMM Raja Perempuan Tengku Anis yang kelihatan sedang bersiar-siar ditepi pantai. Baginda dan rombongan diraja dilihat sampai di Istana Hinggap Pantai Kandis jam 17:30hrs dan menghabiskan masa kira-kira satu jam dikawasan berkenaan untuk menghirup udara segar. Turut serta dalam rombongan ini adalah Tengku Muhammad Fakhry Petra dan doktor peribadi baginda.
DYMM Sultan Ismail Petra dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis di Pantai Kandis, Bachok, Kelantan.
Tengku Fakhry dalam kenyataannya kepada media memaklumkan bahawa paduka ayahandanya dalam keadaan beransur pulih dan mampu berdiri tegak dan berjalan berkat usaha dan komitmen baginda mengikuti setiap latihan fisioterapi yang dikendalikan oleh doktor pakar. Dengan perkembangan yang memberangsangkan ini, ayahandanya juga tidak perlu lagi keluar negara untuk mendapatkan rawatan kecuali dalam kes-kes tertentu sahaja. Baginda juga mampu berkomunkasi dengan orang sekeliling.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.