Sunday, December 5, 2010

My Life Today - 04.12.2010

Petang Jumaat lepas Syah ke Ampang Park coz buat payment Credit Card Citibank. Selepas buat payment Syah jalan kaki ke KLCC pula untuk buat bayaran Credit Card di RHB Bank. Lepas buat payment singgah di Surau Suria KLCC untuk solat Maghrib. Lepas tu Syah balik ke KL Residence. Sampai jer di KL Residence Muss dan Cd ada dan CD sedang mengemas sangkar kucing dia. Mus tanya nak ke JB tak dan Syah kata mengapa tak inform awal-awal boleh juga update passport untuk masuk Singapura. Fikir punya fikir akhirnya Syah kata ok lah coz dah lama tak ke JB dan boleh juga melawat tempat-tempat yang Syah suka. Ahaks................


Selepas Solat Insyak, kami bersiap dan bertolak dari KL Residence lebih kurang jam 23:00hrs. Masa dalam perjalanan cuak juga Syah takut Muss tertidur semasa memandu. Syah cadangkan peri pagi tapi mereka hendak bertolak malam juga. Kami sempat singgah untuk minum-minum di Perhentian Pagoh dan berehat hampir 45 minit adalah tak silap Syah. Muss sempat jumpa kawan dia tapi Syah tak kenal sape. Kami sampai ke rumah Kakak Cd di Selong Jaya, Senai, Johor Bharu approx 03:30hrs. Sampai jer rehat sekejap dan Cd sempat makan lagi. Heheheh...........

Macam biasa kalau dah berkumpul ramai-ramai dapur mesti penuh. Kakak Cd dan adik beradiknya sibuk memasak untuk lunch, ada ikan goreng, labu dan macam-macam lagi. Mereka juga beli satu container besar kuih ketayap untuk sarapan. Muss pula sibuk dengan online dia dia dan we all bersiap-siap untuk ke JB hendak melawat Makam Diraja dan Istana Besar Johor Baharu.




Akhirnya sampai juga Syah ke Makam Diraja Johor. Berpusing-pusing jugalah Muss cari tempat tue sampai macam tension jer Syah tengok Muss sebab tak jumpa kawasan tu. Masuk jer ke kawasan permakaman dengar bunyi muzik ingatkan apa rupa-rupanya ada kenduri kahwin didepan kawasan permakaman. Syah tak dapat masuk ke Makam Diraja kerana sudah tutup, mengikut pekerja di kawasan tu hari Sabtu mereka tutup makam 1/2 day manakala hari biasa iannya dibuka dari Isnin hingga Jumaat. Jadi Syah minggle around di kawasan persekitaran dalam hujan renyai-renyai. Lepas tu Syah nampak Muss dan Cd datang melawat sama. Rasa sedih juga tak ada rezeki masuk ke Makam tapi tak apalah berada di sekitar makampun sudah kira shukur alhamdulillah. Jika diizinkan Tuhan dapat juga masuk tu nanti. Insyallah.


Dari Makam Diraja, Syah ajak Muss dan Cd melawat Istana Besar Johor Baharu. Istana ini merupakan istana rasmi kesultanan Johor. Disinilah semua istiadat rasmi istana dijalankan seperti pertabalan, kemangkatan, permasyhuran, penganugerahan darjah kebesaran dan seumpamanya. Anda boleh menyaksikan sendiri balairong Seri Istana dan Tahta Kesultanan Johor. Jika ada masa datanglah beramai-ramai bawa keluarga di musim cuti sekolah ini bagi mendedahkan anak-anak kepada sejarah institusi beraja di negara kita ini. Harga ticket masuk adalah sebanyak RM5.00.
Istana ini dibuka untuk lawatan setiap hari kecuali hari Isnin mereka tutup. Walau bagaimanapun ada kawasan-kawasan tertentu anda tidak dibenarkan mengambil gambar tetapi jika anda dapat juga snap cam anda itu kira rezekilah. Disini juga anda akan dapat melihat pelbagai koleksi diraja daripada senjata, pingat dan darjah kebesaran, koleksi perhiasan daripada silver, emas dan kristal, bilik peraduan diraja dan bermacam-macam lagi....... Macam-Macam Ada......Memang RM 5.00 tu berbaloi sangat.


Dari Istana Besar Johor Baharu Syah ke Masjid Negeri Johor, Masjid Abu Bakar untuk Solat Jamak Zohor dan Asar. Memang besar dan cantik Masjid ini dengan struktur binaan yang menakjubkan. Terdapat ruang solat berasingan diantara lelaki dan perempuan, maksud Syah dikawasan yang berlainan bukan dipisahkan dengan pemidang kayu seperti dikebanyakan Masjid dan disini diletakkan papan tanda yang tidak membenarkan orang bukan islam memasuki Masjid Ini. Selepas solat Syah beri sedikit sumbang untuk masjid setakat yang mampu.

Di Masjid ini ditempatkan Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri, pejabat Imam Besar Negeri Johor, Pejabat Rundingcara/Kaunseling, Dewan Seminar Masjid Abu Bakar dan Dewan Syura Masjid Abu Bakar disamping dewan solat untuk wanita.


Dari Masjid Abu Bakar kami ke satu kawasan yang dinamakan Hutan Bandar untuk makam mee rebus istemewa. Kawasan ini sejuk kerana dipenuhi dengan pokok-pokok macam dalam hutan dan mungkin sebab tu namanya Hutan Bandar kot? Muss bawa kami ke sini kerana katanya jika dia outstation ke JB mesti datang kesini untuk makan mee rebus. Muss makan Mee Rebus Tulang, Syah Mee Rebus Biasa dan Cd Sup Tulang. Minuman pula Syah Soyabean, Muss & CD pula laici. Syah juga order roti jala satu set (ada 3 keping dengan kuah kari ayam). Semuanya RM 25.00.



Dari JB kami bertolak ke Pontian untuk Majlis Pertunangan Adik Cd, Lan @ Mazlan di Kampung Parit Baru, Pekan Nenas, Pontian Johor. Muss inform Syah bolehlah singganh ke rumah nenek Azrin di Pontian dan Syah inform Muss Nenek Askanah sudah meninggal beberapa bulan lepas. Macam biasa, selepas majlis pertunangan diadakan pula jamuan makan nasi. Jika mengikut jadual Lan akan berkahwin dengan pasangannya dalam bulan Mac 2011. Selepas selesai majlis Syah, Muss dan Cd jalan-jalan di JB sekejap coz Muss hendak beli VCD. Approx 22:30hrs kami sampai di Selong Jaya. Syah sempat mandi dan makan malam bersama keluarga Cd.

Lan @ Mazlan dengan tunangnya Nisa.
Syah doakan agar pertunangan kalian berakhir ke jinjang pelamin sebagai suami isteri yang sah dan seterusnya kekal abadi hingga ke akhir hayat. AMIN.

2 comments:

  1. hehe.. mantap la syah, dapat tangkap gambar tahta johor. huhu.. rezeki namanya tu. Gambar istana besar johor tu memang cantik.. tapi kan..

    seriusla radin ckp, bangunan projek JB waterfront city kat belakang tu memang mencacatkan pemandangan. masa kecik2 dulu cantik jer selat tebrau. sekarang ni.. huhu.. benda tu mencacatkan pemandangan JB lah.. huhu

    ReplyDelete
  2. mee tulang tu sedap sangat ker??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.