Tuesday, December 7, 2010

Breakfast nasi Lemak Pagi 06.12.2010 - 07.12.2010

Pada semua jangan confuse dengan tarikh entry blog Syah. Entry ini Syah buat pada pagi 07.12.2010 dan kisahnya berlaku semalam coz tak sempat nak update. Pagi Isnin semalam 06.12.2010, Syah masih di JB. Pagi ini Syah breakfast nasi lemak Kakak Cd buat. Macam biasa ada telur, telur asin tunang (Heheheheh hantaran tunang Yusri), sambal tumis dan kacang goreng. Kuih pula 2 jenis - Kuih Koci dan Berger Melayu tak tahu nama apa dia macam adunan tepung macam roti burger yang kita goreng, dibelah dua dan letakkan sambal tumis. Minuman ada air kosong, teh o, nescafe o dan kopi. Satu periuk besar Syah tengok dia masak kerana tetamunya bukan kami bertiga sahaja tapi adik beradik dan Ibubapa Cd dari Kuantan semuanya hadir bersama keluarga masing-masing adalah hampir dua puluh orang dan tak termasuk tuan rumah dan empat orang anaknya. Mereka bertandang ke Johor untuk menghadiri majlis pertunangan adik-adik mereka Yus dan Lan, lagipun sekarang kan musim cuti sekolah dan kebetulan hari ini 07.12.2010 Selasa cuti Maal Hijrah.

Selepas makan, kami rehat sekejap dan hampir jam 10:00am selepas salam semua kami bertolak balik ke KL. Walau bagaimanapun kami tidak terus balik terus ke KL kerana Syah minta Muss hantar Syah ke Makam Diraja Johor kerana tak dapat masuk hari tu kerana sudah tutup. Muss kata ok tapi kena top up duit minyak dan Syah kata no problem. Balik pula we all ikut Air Hitam kerana Muss hendak Shopping kat sana, jadi tak ikut highway dan dari JB terpaksa berpatah balik, itu yang Muss minta top up duit minyak dan Syah tak kisah lagipun masa kami ke Johor Tol dan Minyak Muss yang bayar sendiri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.