Tuesday, December 28, 2010

Bercuti Di Melaka 26 - 27.12.2010 - 28.12.2010

Dua hari Syah tak update blog kerana Syah ke Melaka dan tak sempat hendak update tengkusyah.blogspot.com kerana kesuntukan masa dengan aktiviti yang tidak di rancang di Melaka. Actually balik dari Ipoh pada 25.12.2010 lepas Muss ajak Syah ikut dia dan Cd ke Tampin kerana anak Chu Bit hendak bertunang dan katanya boleh ke Melaka sekali. Kami hanya bawa baju standby jika ada hotel kami stay jika tidak baliklah jawapnya al-maklum lah cuti sekolah nie. Dalam kepala Syah, kalau ke Melaka Syah hendak melawat Makam Almarhum Sultan Ali dan Sultan Hussin yang Syah sendiri tidak tahu lokasinya cuma tahu melalui internet sahaja. Apa-apapun dalam hati kata mesti minta Muss cari tempat tu. Shukur Alhamdullilah Muss ikutkan jer kerenah Syah walaupun adalah seciput masalah-masalah teknikal yang tak menjejaskan apa-apapun yang penting top up duit minyak dia dan belanja makan. Ialah bukannya senang hendak memandu, kita yang duduk niepun letih inikan pula Cd dan Muss yang gilir-gilir memandu tu. Bukan sahaja dua makam tu kami pergi tapi empat iaitu Makam Dol Said dan Tun Teja sekali disamping melawat Masjid Tengkera yang indah itew. Memang puas hati dan berbaloi Syah ke Melaka.

Upacara Menyarung Cincin Iera, Anak Chu Bit

Jam 14:00hrs kami bertolak ke Tampin, Negeri Sembilan dengan membawa sedikit bekalan makanan seperti air minuman dan meehon goreng yang Cd buat tengahari tu. Jam 15:40hrs kami sampai di Tol Alor Gajah dan disana Zul & Family sudah menunggu kami untuk sama-sama saing ke rumah Chu Bit. On the way ke Tampin Syah nampak signboard Makam Dol Said dan inform Muss nanti singgah yer............ Heheheheh. Cari punya cari akhirnya jumpa rumah Chu Bit coz Muss dah lama tak datang sini dan lupa jalan. Mak Aii besonya kawasan rumah Chu Bit yang dinamakan Desa Impian. Kami dihidangkan denganpelbagai jenis makanan seperti Pelbagai Kuih Muih Melayu, Cucur, Kambing Pangang, Pulut Kuning, Rendang, Kuih Teow Goreng Panas (digoreng masa itu juga) dan banyak lagi tak ingat Syah. Majlis bertunang approx 16:30hrs tak silap Syah dan selepas majlis kami bergambar sekejap sebelum kami balik ke distinasi masing-masing jam 17:30hrs. Cuaca memang panas hari ini.


Makam Dol Said

On the way ke Highway untuk ke Melaka Syah singgah di Makam Dol Said di dalam kawasan Masjid Taboh, Naning. Makam Dol Said berada jauh sedikit di belakang Masjid berkenaan. Dol Said merupakan Pahlawan Melayu yang terkenal. Dol Said atau Abdul Sayid dilantik sebagai Orang Kaya Seri Merah, Dato' Naning atau Penghulu Naning pada 1802 menggantikan Dato' Anjak sebagai Dato' Naning Ke-9. Inggeris menaluki Melaka daripada Belanda pada tahun 1824. Pada 1829 Gabenor Inggeris menuntuk Naning membayar cukai tahunan 1/10 daripada hasil padi mereka kepada Melaka tetapi telah ditolak oleh Dato' Dol Said. Sehubungan dengan itu, pihak Inggeris menghantar dua pasukan tentera untuk menaluki Naning iaitu pertama kali pada 1831 tetapi berundur selepas 20 hari dan kali kedia dengan 1000 orang bala tentera pada tahun 1832. Dato Dol Said dan pengikutnya menentang Inggeris secara peperangan gerila. Walau bagaimanapun Inggeris dapat menawan Taboh kali ini setelah berperang selama lima bulan. Dol Said dapat meloloskan diri daripada Inggeris tetapi kemudiannya menyerah diri pada tahun 1834 dan kemudiannya menetap di Melaka dengan diberi elaun sebanyak $100.00 sebulan oleh pihak Inggeris sehingga Dol Said meninggal duia pada 1849. Beliau dikebumikan di Taboh, Naning. Sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka Syah sempat solat Jamak Asar/Zohor di Masjid Taboh, Naning.

Muss dan Cd @ Dataran Pahlawan

Sampai Melaka agak lewat dan hampir senja. Pusing keliling cari hotel tetapi banyak yang penuh dari 5 star sampailah tak berstar. Heheheeh........maklumlah musim cuti sekolah dan ramai mengambil kesempatan ini untuk bercuti bersama keluarga. Akhirnya cari punya cari dapat Hotel Tropicaville di 7,9 & 11, Jalan PM15, Plaza Mahkota, Melaka. Masa kami sampai memang tinggal satu bilik nie sahaja dan itupun dua katil single dan harganya RM128.00. Malas nak fikir panjang ambil sahaja room tu dan besar juga biliknya dan bersih. Selepas solat kami keluar jalan-jalan di Dataran Pahlawan dan Jonker Street serta sekitar bandar Melaka dan beli sedikit jajan. Kemudiannya kami ke Pahlawan Walk jalan-jalan. Pahlawan Walk nie macam uptown dan dibuka setiap hari Jumaat hingga Ahad sahaja dari jam 17:00hrs hingga 02:00hrs tak silap Syahlah. Kami sempat makan disini, Muss dan Cd Nasi Lemak dan Nasi Goreng dan Syah Nasi Lemak. Lepas makan kami bertolak balik dan memang letih. Rehat sekejap dibilik dan terus tertido.

Mimbar Masjid Tengkera, Melaka.

Pagi 27.12.2010 Mus inform sebelum jam 12:00hrs keluar sebab nanti katanya cepat balik KL dan Syah kata kalau nak cepat balik tak payah pergi berjalan? Hehehhe So pagi ini kami sempat melawat Kota A'Farmosa dan kawasan sekitar berhampiran Dataran Taming Sari. Selepas tu Syah belanja Muss dan Cd McDonald sebagai alas perut sebab sudah hampir waktu lunch sebab kami hendak ke Tengkera mencari Makam Sultan Hussin Shah. Pusing keliling mengikut tunjuk arah jalan akhirnya kami sampai di Masjid Tengkera. Indah sungguh struktur binaan masjid berusia 130 tahun ini yang dipercayai dibina pada tahun 1780. Sampai sahaja di masjid sudah Azan Zohor dan Syah bergesas ke tandas untuk salin seluar panjang untuk solat jemaah bersama. Selepas solat, Syah mengambil gambar didalam dan luar Masjid. Selepas selesai baru Syah ke Makam Almarhum Sultan Hussin yang terletak bersebelahan Masjid ini sahaja. Masa hendak balik Muss minta ambilkan air perigi Masjid berkenaan kerana katanya Cd hendak buat mandi dan ubat. Syah inform kolah adalah tapi perigi tu mereka sudah kunci. Masa hendak ambil air kolah Masjid, Syah minta kebenaran dari seorang lelaki yang bekerja membaik pulih Masjid dan dia kata ambillah dan Syah sempat tanya air di telaga tu boleh ambil ker? Dia kata boleh dan Syah kata kunci tetapi katanya angkat sahaja penutup tu dan gayung ada didalam tempat bertutup disebelah telaga tu dan dia tunjukan dimana tempat gayung tu. Sudah rezeki Cd dan Syah ambil air telaga tu. Airnya nampak keroh tapi bila dia ambil ianya jernih. Syah masukkan dalam botol mineral water 1 Liter dan lebihnya Syah basuhkan Muka.

Makam Sultan Hussin Shah

Inilah dia Makam Almarhum Sultan Hussin Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud III. Sultan Hussin Shah juga dikenali sebagai Tengku Long atau Tengku Embong. Ayahanda baginda merupakan Sultan Empayar Johor yang melitupi Tanah Besar Johor, Pahang, Lingga. Singapura, Riau, Karimon dan kepulauan sekitarnya. Apabila ayahanda baginda mangkat, telah berlaku konspirasi dimana adinda baginda telah dilantik sebagai Sultan dimana sepatutnya baginda adalah waris yang sah untuk menggantikan ayahanda baginda. Baginda yang berada di Pahang ketika itu telah kembali ke Riau untuk menuntut haknya tetapi Baginda gagal dalam tuntutannya.


Thomas Stamford Raffles yang ingin memilik Singapura bagi Syarikat Hindia Timur Inggeris telah mengambil kesempatan ini dengan membawa Tengku Long ke Singapura dan menabalkan baginda sebagai Sultan Johor - Singapura dengan gelaran Sultan Hussin Shah. Keadaan ini menyebabkan empayar Johor terpisah dengan pulau-pulau hak Johor jatuh ketangan Belanda manakala Tanah Besar Johor kepada Temenggung. Akhirnya Singapura dimiliki oleh Inggeris dengan bayaran wang tunai $33,200.00 dan Sultan Hussin Shah menerima bayaran bulanan sebanyak $1300.00. Baginda tinggal di Singapura sehingga 1834 dan kemudiannya berpindah ke Melaka bersama keluarganya. Pada awalnya baginda bersemayam di Bandar Hilir dan kemudiannya berpindah ke Kampung Belanda dan menyewa rumah di Jalan Heeran atau sekarang dikenali sebagai Jalan Tun Tan Cheng Lock. Baginda mangkat pada bulan Disember 1835 dan dimakamkan di Kawasan Masjid Tengkera dengan penuh adat istiadat Diraja.



Makam Sultan Ali

Dari masjid Tengkera kami terus menuju jalan arah ke Muar untuk ke Umbai. Dalam perjalanan ke Umbai kami singgah di Alai untuk minum petang di gerai tepi jalan. Mus order Air Kelapa Blanded (air kelapa di blend dengan ice cream vanilla), Mus dan Cd minum Air Kelapa Muda dan kami Makan Mee Rebus (Muss dan Syah) manakala Cd makan Soto. Cd order Roti Goreng (macam chakoi tapi lain sedikit) dan Syah order Karipap Sardin RM2.00 bungkus untuk makan dalam perjalanan ke Umbai nanti.

Akhirnya kami sampai di Masjid Al Kauthar, Kampung Umbai atau juga dikenali sebagai Masjid Umbai yang terletak di tepi jalan raya sahaja. Muss parking di sekolah Ugama sebelah Masjid dan Syah ambil air sembahyang dan solat sunat sekejap sebelum ke Makam disebelah Masjid sahaja. Dari tepi jalan lagi sudah nampak makam ini didalam didalam kubah bewarna kuningg berbentuk segi lapan. Struktur binaannya diperbuat daripada Batu Mamar dan menyerupai Makam-Makam di Makam Diraja Johor.

Almarhum Sultan Ali ibni Almarhum Sultan Hussin Syah merupakan Sultan Johor - Singapura terakhir dan putera ketiga Sultan Hussin Shah dari bondanya Tengku Prabhu binti Tengku Panglima Besar Terengganu Tengku Mahmud Ibni Sultan Daud (Sultan Terengganu Ke-6). Semasa pemerintahan baginda, baginda dan Temenggung Ibrahim telah bersaing bagi mengusai kerajaan Johor dimana baginda akhirnya terpaksa menyerahkan kuasa kepada Temenggung Ibrahim akibat campurtangan Inggeris lalu berundur ke Kesang, Muar, Johor. Temengung Ibrahim adalah Ayahanda kepada DYMM Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Johor iaitu keturunan Sultan Johor sekarang ini. Sultan Ali mangkat pada 20.06.1877 dan dimakamkan di Umbai, Melaka. Didalam komplek makam ini terdapat beberpa makam keluarga diraja lainnya. Setelah selesai sesilawatan Syah dimakam, Syah jumpa Muss ditempat letak kereta dan katanya hendak ke Makam Tun Teja tak dan terkejut Syah. Rupa-rupanya masa tunggu Syah tadi dia jalan-jalan dengan Cd dan jumpa signboard Makam Tun Teja dan Syah kata ok lah apa lagi ............. Gembirannya dalam hati. Rezeki namanya dan berbaloi kedatangan Syah Ke Melaka kali ini. Shukur Alhamdulillah.


Makam Tun Teja

Dari Masjid Umbai Muss bawa Syah ke Masjid Kampung Sentang, Merlimau tak berapa jauh dari Umbai. Berdasarkan arah tunjuk Makam Tun Teja kami akhirnya sampai ke Makam Tun Teja. Kawasan makam ini agak jauh sedikit dari jalan besar dan iannya berada dalam kawasan sawah padi. Untuk ke makam agak jauh sedikit lebih kurang 50 - 60 meter dan disediakan jalan batu bata yang begitu selesa sekali. Dipintu masuk makam ada disediakan gerai makanan yang dinamakan Seri Teja untuk keselesaan para penjung.

Tun Teja merupakan isteri kepada Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka (1458 - 1511) dan puteri kepada Dato Seri Amar DiRaja Bendaraha Pahang (Inderaputera). Apabila Melaka jatuh ke tangan Protugis pada 1511, Sultan Mahmud telah berundur ke Bentayan dalam daerah Muar. Dalam perjalanan in Tun Teja telah jatuh gering (sakit) dan mangkat dan dimakamkan dikawasan ini.

Tun Teja bukan sahaja seorang wanita yang jelita dan berhemah tinggi tetapi merupakan isteri yang setia dan disayangi oleh Sultan Mahmud. Tun Teja dikatakan telah menyemarakkan semangat kepahlawanan dikalangan kaum wanita untuk menentang penjajah dan mempertahankan Melaka dari serangan Portugis.



Makan-Makan di Umbai

Dari Makam Tun Teja kami bergerak ke Medan Ikan Bakar Umbai Melaka. Kami makan Pari Asam Pedas, Sotong Goreng, Ikan Masak Tiga Rasa, Kupang Masak Pedas, Ketam Black Paper, Kangkung Goreng, Nasi Putih dan Nasi Lemak. Minuman Pula, Air Kelapa, Laici dan Teh O. Semuanya RM 118.00. Muss dan Cd kata tak sedap tapi Syah makan jer. Hehehhehe.... Dari tempat makan kami bertolak ke KL dan singgah di satu makam ditepi jalan tapi tak tahu siapa punya cuma ada kain kuning sahaja. Makam ini di Jalan Pernu 4. Tak tahu siapa punya tapi dari bentuknya macam makam Raja-Raja dan dibalut kain kuning. Adalah 2 atau 3 makam didalamnya.

Sampai KL Residence lebih kurang 21:30hrs. Penant tapi kami kemas barang-barang dan kemudiannya tidur.

4 comments:

  1. Assalamualaikum bro syah...

    Semoga sehat adanya... Ni saya baca kat atas tadi Bro Syah tulis nama Sultan Hussein ibni Sultan Muhammad III tapi rasanya saya ada terbaca yang Sultan Hussein ibni Sultan Mahmud III.

    Kalau tersalah minta maaf, saya pon x berapa ingat sgt! huu~

    wslm...

    ReplyDelete
  2. Thanks Bro atas teguran. Memang Sultan Mahmud III, Syah yang tersilap tulis dan Syah telah betulkan di Entry Syah.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    kalau dah sampai Pernu & Umbai, kenapa tak singgah makam Raja Haji
    (Yang Dipertuan Muda Riau-Lingga-Johor-Pahang IV)
    dkt Ketapang Pernu, sebelah main road saja

    ReplyDelete
  4. Thanks for the info. saya tak maklum berkenaan makam tu. Insyallah jika ada kesempatan kesana akan saya cari dan berkongsi bersama semua. Tapi saya ada singgah disebuah makam ditepi jalan tetapi tiada bertanda (signboard) tetapi iannya kepunyaan golongan bangsawan dijalan pernu 4. Mungkin Makam yang tuan perkatakan? Bewarna Putih Ini gambarnya di facebook Syah.

    http://www.facebook.com/album.php?aid=83252&id=1635014501

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.