Saturday, December 11, 2010

Agong Rasmikan Masjid Al-Hidayah Sungai Penchala - 11.12.2010

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah merasmikan MasjidAl-Hidayah, Sungai Penchala pada hari Jumaat lepas 10.12.2010. Turut mengiringi baginda adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutian (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali. Majlis ini juga dihadiri oleh Pengerusi Masjid Al-Hidayah, Datuk Thobrani Hanafi dan Setiausaha Masjid Al-Hidayah, Che Mohd Zulkifli Awang. Masjid Al-Hidayah dibibina pada tahun 2006 dengan kos RM7 Juta diatas tanah yang diwakafkan oleh Allahyarham Mohamed Sanusi Baki sebanyak 0.8 hektar pada 2006. Masjid ini diletakkan dibawah pentadbiran JAWI.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima cenderahati selepas merasmikan Masjid Al-Hidayah Sungai Penchala.

Masjid ini mempunyai dua tingkat dewan solat utama yang boleh memuatkan 1500 jemaah dalam satu masa, sebuah pejabat pentadbiran, dua buah bilik untuk aktiviti kuliah, dua unit kuarters, kafeteria yang kondusif dan tempat letak kereta yang mesra pengguna. Nama Masjid ini yang membawa maksud "PETUNJUK" dipilih berdasarkan persetujuan bersama diantara anak-anak kariah masjid dan JAWI.

Masjid ini didirikan untuk memenuhi keperluan umat islam terutamanya sekitar Taman Villa Istimewa, Taman Villa Maarof, Kampung Palembayan Indah, Taman Sri Penchala, Taman Penchala Indah, Taman Bukit Rahmat dan Kampung Boyan. Sebelum ini mereka menggunakan Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz yang hanya boleh memuatkan antara 500 dan 600 jemaah pada satu-satu masa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.