Sampai Kl sudah senja lebih kurang jam 18:30hrs dan kami makan di gerai TPCA Kampung Baru, di gerai yang Syah selalu makan dengan Ayahanda iaitu gerai jual ayam goreng kampung. Kami order 3 ketul ayam kampung, ulam dan sambal belacan, kari kepala ikan, telur ikan dan pucuk ubi masak lemak. Minum dua barli panas, air suam dan fresh orange. Semuanya RM32.50 dan Syah bayar cuma Muss top up RM10.00. On the way balik Muss bertekak sket dengan Cd coz Cd langgar lubang dan Muss kata keretanya sudah tak ballance. Hehehehe biasalah tu depa memang suka bertekak tapi lepas tu baik semula. Sampai rumah selepas Maghrib tapi sebelum waktu Insyak. Kami semua mandi, kemasa barang-barang dan kemudiannya menonton TV sambil mentenet. Sebelum tidur tiba-tiba Muss inform dia rasa sejuk sangat dan Syah suruh Cd tengok-tengokkan. Tak tahu pula mengapa sebab dia macam mengeletar tetapi kemudiannya ok semula, Shukur Alhamdullilah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.