Kali ini Syah hendak berkongsi bersama anda semua mengenai pewaris-pewaris tahta negeri kelahiran Syah iaitu Perak Darul Ridzuan. Kebanyak kita tidak mengetahui nama dan gelaran-gelaran mereka sehingga ada juga yang tidak mengenali mereka dan keliru dengan gelaran-gelaran yang sepatutnya digunakan untuk siapa dan pada siapa. Malahan ada perkara yang tidak sepatutnya berlaku seperti penyamaran sebagai raja-raja bergelar bagi mengelirukan masyarakat dan masyarakat pula tidak mengenali mereka dan mudah tertipu seperti yang berlaku di Pahang baru-baru ini dimana seorang remaja menyamar sebagai Anakanda Tengku Mahkota Pahang sehingga diberi sambutan rasmi dalam majlis-majlis tertentu.
Di Negeri Perak, gelaran Raja Puan Muda Perak selalu disalah anggap oleh kebanyakan masyarakat sebagai gelaran kepada isteri Raja Muda Perak, tetapi iannya adalah salah dan tidak benar sama sekali kerana ianya gelaran untuk Isteri Raja Dihilir Perak. Kepada anak jati negeri Perak dan Malaysia amnya ini adalah nama dan gelaran pewaris tahta mengikut kekananan mereka didalam Tahta Kerajaan Negeri Perak yang berusia hampir 500 tahun semenjak dari pemerintahan Sultan Perak 1, Sultan Mudzafar shah @ Marhum Tanah Abang yang memerintah pada tahun 1528 hinggalah ke Sultan Azlam Shah, Paduka Sri Sultan Perak ke-34.
- TEMPAT PERTAMA
Gelaran :
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Sultan, Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan
Nama :
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, D.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (Kelantan), D.K. (Terengganu) D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Pahang), S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P. Hon. Knight Grand Cross (Civil Division)of The Order of The Bath (U.K.), The Bintang ADI PURNA (Republic of Indonesia), The Most Auspicious of The Tajamitrabhorn (Thailand), Grang Order of Mugunghwa (Republic of Korea), Collar of THe Japanese Order of The Chrysanthemum and Grand Cordon of The Supreme Order of The Chrysanthemum (Japan), Civil Order, 1st Class (Oman), Grand Cross Special Class of the order of Merit of The Federal Republic of Germany (Germany), Orden Al-Merito De Chile (Republic of Chile), and order of Hussein ibni Ali (Qiladah Al-Hussein bin Ali (Jordan).
Naik Tahta Pada : 03.02.1984 DiTabalkan Pada : 09.12.1985
Pasangan
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun, D.K., D.K. (Selangor), D.M.N., D.K.A.
- TEMPAT KEDUA
Gelaran :
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan
Nama :
Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, D.K, D.K.II (Selangor), D.K.S.A., S.P.C.M, S.P.T.S, S.P.M.P. (Perlis), Ph.D (Harvard)
Dilantik Pada : 15.04.1987
PASANGAN :
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim, D.K.S.A., D.K.A.
- TEMPAT KETIGA
Gelaran :
Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.
Nama :
Raja Jaafar bin Raja Muda Musa, D.K., S.P.C.M., J.S.M.
DilantikPada : 16.02.1998
PASANGAN :
Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani bt. Raja Shahar Shah, D.K.A., S.P.C.M., P.C.M.
- TEMPAT KEEMPAT
GELARAN : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan.
NAMA : Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, D.K.A. II., S.P.C.M., S.S.D.K.
Dilantik Pada : 16.03.2010
PASANGAN :
Yang Teramat Mulia Tunku Dato’ Seri Soraya bt. Sultan Abdul Halim, D.K.A. II., S.S.D.K.
- TEMPAT KELIMA
GELARAN :
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan.
NAMA :
Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, D.K.A II., S.P.C.M.
PASANGAN :
Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Noraini Jane, D.K.A. II., S.P.C.M.
- TEMPAT KEENAM
GELARAN :
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan
NAMA :
Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah
Dilantik pada : 16.03.2010
PASANGAN :
Tiada
- TEMPAT KETUJUH
GELARAN : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan.
NAMA :
NAMA :
Kosong
PASANGAN :
Tiada
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.