Tuesday, November 2, 2010

Sandwich Everybody - 02.11.2010

Hari ini giliran Syah di Rawang Residence pula, Giliran ??????? Macam bunyi suami yang ada buka dua cawangan sahaja. Begitulah rutin kehidupan Syah kadangkala di KL dan kadangkala di Rawang, bukan isteri dua tapi rumah yang didiami tu ada dua. Jangan lah rasa pelik coz orang bujang pun ada macam-macam hal bukan orang kahwin jer sebab tu Syah memang tak setuju kalau ada mulut-mulut longkang diluar sana kata ALAH ORANG BUJANG HIDUPNYA SIMPLE JER TAK ADA MASALAH. Statement tu seolah-olah orang bujang tak ada tanggungjawab, Sorrylah yer itu mungkin bujang yang lain tapi Syah tak macam tu coz Syah punyai tanggungjawab penuh terhadap keluarga Syah iaitu my parents, my auntie, my sister/brother dan all my cousin dan anak-anak saudara Syah.

Berbalik pada menu malam nie, Syah makan sandwich sahaja. Syah tiba di Rawang Residence macam biasa selepas Maghrib. Selepas solat dan start AEL Syah ke kedai runcit belakang rumah untuk beli 2 botol Spritzer Mineral Water dan Bahan-Bahan untuk buat sandwich. Nak buat sandwich nie senang jer. Bahan-bahannya Gardenia Wholemeal Bread, Ayam Brand Tuna Mayonnaise, Naturel Low Fat Marjerine, Kobis dan Timun. Syah buat sandwich 3 lapis. Sapukan roti dengan majerine dan tuna berselang seli atau ikut mana yang anda suka. lapisan pertama letakkan tomato dan lapisan kedua kobis yang dihiris halus (macam coleslaw). Potong dua roti berkenaan dan sedia untuk dihidangkan. Nak Namakan Sandwich nie apa yer? hemmmm........... Royal Tuna Vegi Sandwich, boleh. Cubalah yer .............. Makan Semua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.