Member yang hendak datang rumah tak jadi pula coz bila Syah call dia sekejap tadi (10:09hrs) dia kata dengan kawannya dan tanya balik nak jumpa kat mana? So malas nak recallkan dia yang dia dah janji hendak datang rumah Syah, jadi Syah inform petang di KLCC dan dia kata petang sedikit boleh tak dan Syah kata ok. Macam manalah dia nie dah buat appointment tak ingat, so Syahpun tak jadilah ke Mydin beli barang untuk masak lunch nanti coz orang tak datang. Nasi yang Syah sudah masak tu nanti boleh buat nasi goreng untuk Muss dan Cd malam nanti. Heheheh Apalah lu lupa lak dia? Nak marah pun tak guna biarkan jer lah lagipun lusa dah nak balik ke tempat dia bermastautin di negara yang pernah menjajah kita, Britain. Heheheh jangan marh yek ..............
So mungkin lepas Asar atau Zohor Syah akan keluar rumah sebab Syah tak boleh keluar sekarang kerana Syah basuh kain dan kena tunggu hingga kain kering. Nampak cuaca panas, minta-minta janganlah hujan. Untuk lunch hari ini Syah masak Oat, Kacang Panggang dan Timun serta Papaya. Masak jam 10:30hrs tadi, bukan apa senang siap-siapkan dulu jam 13:00hrs nanti terus makan jer. Mungkin petang nanti Syah nak beli Susu Nestly Omega coz Kak Lang Ella syorkan makan susu tu untuk membantu reduce cholesterol level Syah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.