Monday, November 1, 2010

Gotong Royong - 01.11.2010

Salam Semua, Sorry since Sabtu lepas Syah busy dan rasa tidak sihat seterusnya tak sempat nak update blog. Nie nak cerita baliklah nie. Sabtu lepas 30.10.2010 Syah ke Banting, Selangor kerana ada gotong royong anjuran division Syah yang dinamakan Program HC Bersama LOb dan Masyarakat. Aktiviti yang kami lakukan adalah mengecat Kabinet TM dan Membersih Surau Al-Falak, Banting, Selangor. Dari KL Residence Syah naik LRT ke Kerinchi lebih kurang jam 06:56am dan sampai di Kerinchi jam 07:33am. Kami dijangka bertolak ke Banting jam 08:00am. Kami menaiki Bas Multimedia College dan sampai di Banting lebih kurang jam 09:45am. Sampai sahaja diBanting, rombongan kami yang seramai 25 orang itu disambut oleh kakitangan TM Selangor yang sediada menunggu di Surau berkenaan disamping masyarakat setempat. Selepas our big boss Dr. Zainal Abu Zarim berucap, kami diberi sedikit penerangan berhubung program ini oleh Head of Human Capital Business Operation, Mohd Aisha Jaafar sebelum diagih-agihkan mengikut kumpulan. Sebelum bertolak ke lokasi kami dibekalkan dengan kuih dan mineral water, Sarung tangan, Kain Pengelap, Berus cat dan 3 tin cat. Kami juga diberikan spesifikasi warna yang harus digunakan supaya tidak terslap.

Inilah group Syah yang dipanggil Group 5 terdiri dari kiri sekali Syah, Mohd Abdul. Bashir Zakaria, Zaidah Baba, Maryati Mahmud dan Boss Syah Abdul Moin Hassan disamping dibantu oleh dua orang kakitangan teknikal. Kami telah diberi tanggungjawab untuk membersihkan Kabinet BN028. Apa yang kami lakukan adalah membersihkan kawasan sekitar kabinet, menanggalkan semua iklan-iklan yang ditampal oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Bila semuanya sudah bersih kami mula mengecat mengikur spesifikasi warna yang telah ditetapkan mengikut standard TM. Semasa kami menjalankan tugas beberapa orang dari production group datang mengambil gambar aktiviti-aktivitiyang kami lakukan dan kemudiannya Dr Zainal dan rombongan pula melawat kami. Setelah selesai dan berpuashati kami pulang semula ke Surau Al-Falah.

Setelah kesemua kumpulan kembali dari menyelesaikan tugas masing-masing kami mengadakan pula majlis tahlil. Selepas itu diadakan pula jamuan makan tengahari yang begitu istemewa dan unik bagi Masyarakat Jawa di Selangor iaitu Nasi Ambeng. 1st time makan dan memang sedap. Selepas makan kami solat Zohor berjemaah. Setelah selesai solat diadakan pula majlis penyampaian hadiah dan saguhati untuk kami dan semua yang terlibat dalam program ini termasuk AJK Surau berkenaan. Akhir sekali sebelum bertolak balik ke KL Dr. Zainal telah menandatangani kain rentang Program ini diikuti oleh kami semua. Sampai di Menara TM hampir jam 04:30pm. Penat dan Letih tapi Rasa Puas Kerana Dapat Membuat Kerja-Kerja Amal diSamping Memberi Sokongan Terhadap Program Our Big Boss Dr Zainal Abu Zarim yang tidak secara langsung telah Menjimatkan Kos Syarikat. Jika kerja-kerja ini dilakukan oleh vendor paling kurang satu kabinet mereka caj RM1,000.00 tapi dengan gotong royong ini memang banyak penjimatannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.