Sunday, October 3, 2010

Tuanku Mizan Berangkat Ke Majlis Konsert Simfoni Amal Diraja - 03.10.2010

Semalam Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Konsert Simfoni Amal DiRaja bertema "Harmoni Itu Indah" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) anjuran Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) . Konsert ini diadakan bagi tujuan membantu golongan yang layak dan memerlukan bantuan selaras dengan tujuan asal YDSM diwujudkan pada 19.07.2005 iaitu untuk merealisasikan iltizam Tuanku Mizan berbakti kepada rakyat yang layak dan memerlukan. Antara artis yang menjayakan konsert ini adalah Alyah, Fazli Zainal, Farhan AF, Jay-Jay dan Yasin Sulaiman dengan diterajui komposer terkenal Manan Ngah. Keberangkatan Tuanku Mizan ke konsert anjuran YDSM telah diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


YDSM telah mengadakan banyak aktiviti memanfaatkan rakyat Malaysia khususnya rakyat Terengganu. YDSM sentiasa menyokong dan membantu pengekalan identiti seni dan budaya bagi menjamin kesinambungan seni negeri Terengganu. Selain daripada itu YDSM turut membela nasib anak yatim, ibu tunggal, petani dan nelayan yang memerlukan bantuan. Sudah hampir satu tahun lebih sepatutnya YDSM mengeluarkan buku mengenai Sejarah Kesultanan Terengganu, walau bagaimanapun sehingga sekarang buku tersebut tidak dapat ditedarkan lagi atas sebab-sebab tertentu yang memerlukan penyemakan semula. Syah telah booking buku ini melalui YDSM tetapi hingga sekarang bila Syah hubungi mereka, buku berkenaan tidak dapat dikeluarkan lagi ..................... Bilalah agaknya kami semua dapat menatap buku yang telah dilancarkan oleh Tuanku Mizan itu?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.