Tuesday, October 12, 2010

Syah & Mamat - 12.10.2010

Pagi ini Syah dari Rawang Residence, Masa hendak keluar Syah lihat macam ada kesan air mengalir dari kereta ke pintu pagar. Tak tahu air apa, Syah takut minyak kereta jer dan tak sempat nak periksa lebih lanjut sebab jam hampir 06:30am dan bas hendak sampai. Minta-minta janganlah ada benda yang bocor pada kereta Syah dan Khamis nanti baru Syah balik semula ke Rawang Residence.

Pagi nie Syah meminta kebenaran keluar dari boss Syah, Dek Nor untuk keluar pejabat bagi menguruskan pembayaran pendahuluan kereta Mamat disamping menghantar invoice ke Assessment Center, Telekom Training College. Pagi-pagi lagi dia sudah SMS Syah dan inform akan datang around 10:00am. Lebih kurang jam 10:00am Mamat sampai ke Menara TM dengan kereta yang dipinjam dari roomatenya. Dari Menara TM we all menuju Jalan Semarak tetapi disebabkan Mamat terlupa dia terus masuk ke jalan menuju Setapak, so Syah minta dia balik ke KL Residence untuk Syah hantar barang-barang yang Syah bawa dari Rawang coz taklah berat bawa barang masa balik kerja nanti.

Sampai KL Residence, rupa-rupanya Cd ada dan sedang bersiap untuk ke 7E dan Syah Tanya pergi kerja ada staff ambil ker? Dia kata naik teksi. Syah offer dia naik kereta sekali dan Mamat turunkan dia di 7E Teratai Mewah, Setapak Indah. Dari Setapak kami ke Seyakin Holding Sdn Bhd, Jalan Semarak untuk membuat bayaran down payment dan sign agreement pinjaman kenderaan. Mamat dapat loan dari maybank. Kereta mungkin dapat dalam masa dua atau tiga hari lagi dan paling lewat minggu hadapan.

Dari Semarak Syah dan Mamat ke KLCC untuk lunch. Plan asal nak lunch di Ampang Park tapi ditukar ke KLCC. Syah dan Mamat lunch di Nando’s @ Concourse Floor, Suria KLCC. Uniknya restoran ini, setiap kali pelanggan masuk mereka akan ungkapkan perkataan OM Bombia Welcom to Nando’s. Syah heran dan tanya waiter apa Om Bombia tu? dan mereka kata itu sebenarnya ungkapan selamat datang dalam bahasa Afrika tempat asal Nando’s nie. Syah makan ¼ Chicken with Coleslaw and Peri Chip dan Ice Lemon Tea manakala Mamat ¼ Chicken with Grill Veg and Peri Chips, Strawberry Smooth, Mineral Water dan Banana Mudcake. Banana MudCake tu Mamat tak makan sangat coz tak sedap katanya dan Syah terpaksa habiskan separuh sahaja. Semuanya RM66.36 dan bila masa hendak bayar Syah inform Mamat, Uncle bayarlah yer dan katanya tak per biar dia yang bayar. Shukur Alhamdulillah. Selepas lunch singgah sebentar di Kedai Jam City Chain, saja window shopping. Selepas tu Mamat hantar Syah ke Menara TM, Jalan Pantai Baharu dan Syah sampai office hampir jam 01:20pm.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.