Wednesday, October 13, 2010

Sakit dibahagian kepala - 13.10.2010

Malam tadi masa hendak shampoo rambut Syah rasa sakit di bahagian belakang kepala sebelah kiri bertentangan telinga Syah. Dulu memang ada sakit nie lepas tu dia akan hilang dengan sendirinya. Bila Syah tekan ianya sakit dan Syah sendawa. Tak tahulah apa kaitannya dan biasanya Syah akan biarkan sahaja dan ia akan elok semula. Risau juga, mungkin malam semalam masa tidur di Rawang Residence Syah ada sandarkan kepala Syah pada kepala katil besi di bilik menonton dan terlelap sekejap. Mungkin sebab tu ianya sakit kot? Minta tak ada apa-apalah tapi jika iannya berlanjutan Syah akan ke doktor. Iannya pernah terjadi dulu tapi akan pulih dengan sendiri. Macam nielah kalau dah berusia kan? ada sahaja sakitnya. Hehehehhehee.............. Mengenai sakit masa lepas buang air kecil/besar tu beransur pulih tetapi kadangkala sakit tu ada datang juga. Doakan Syah Sihat yer Kawan-Kawan Semua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.