Friday, October 15, 2010

Majlis Raja-Raja Ucap Tahniah Pada Sultan Muhammad V - 15.10.2010

Persidangan Majlis Raja-Raja ke-222 telah berlangsung di Istana Negara selama dua hari bermula pada hari Rabu 13.10.2010. Mesyuarat dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Majlis Raja-Raja pada kali ini mengalu-alukan keberangkata hadir Sultan Kelantan yang baru dimasyhurkan, Sultan Muhamad V sebagai anggota penuh Majlis Raja-Raja. Sultan Selangor dalam titahnya mendoakan agar Negeri Kelantan akan terus aman dan tenteram dan Sultan Muhamad V dapat memerintah dengan adil dan saksama agar Negeri Kelantan menuju kejayaan dan baginda sentiasa dihati rakyat. Baginda juga turut menzahirkan rasa dukacita atas kegeringan Sultan Ismail Petra dan mendoakan kesihatan baginda bertambah baik. Titah Sultan Selangor lagi, Majils Raja-Raja berkeyakinan penuh bahawa Sultan Muhamad V dapat memberi bantuan, input serta idea-idea baru kepada Majlis Raja-Raja.
Raja-Raja Melayu menuju masuk ke Dewan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-222 di Istana Negara.

Berikut adalah petikan titah ucapan tahniah Baginda Sultan Selangor kepada Sultan Muhamad V dalam persidangan Majlis Raja-Raja Melayu :-
  • Paduka Ayahanda bagi pihak diri sendiri dan juga Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Maha Mulia Paduka Anakanda atas pemasyhuran Anakanda.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.