Jam 05:00am Syah sudah bangun kerana today di Rawang Residence, Macam biasa mandi, solat dan bersiap coz jam 06:30am bas akan sampai jika terlepas nampak gayanya lambatlah masuk office coz bas sejam satu. Sampai je KTM, komuter ke KL sudah hendak jalan dan Syah tak sempat naik coz ia berada di platfom yang lain (kena naik tangga) mals nak berlari-lari ditepian landasan keratapi macam hero hindustan. Selepas tu datang train Ekspress dan ETS tapi kami tidak dibenarkan naik, siap mereka jaga lagi pintu train. Tak faham mengapa kerana dulu boleh naik train Ekspress nie. So sampai KL Sentral agak lambat iaitu hampir jam 08:30am. Dari KL Sentral ambil LRT ke Kerinci. Sampai stesyen Kerinci touch n go card tak boleh guna coz power failure dan mereka suruh we all keluar ikut pintu manual dan kad akan disettlekan masa balik office nanti. Tapi lunch tadi Syah ke Ampang Park dan minta staff LRT releasekan kad Syah. Heran juga sebab Syah lihat bakinya RM13.00 coz pagi tadi bakinya RM23.00. Balik dari Ampang Park Syah singgah KL Sentral dan terus ke pejabat Touch & Go. Mereka inform tak boleh buat semakan transaksi dan kena tunggu 48jam baru boleh boleh view perjalanan kita. Mereka mint Syah call atau datang semula pada hari Jumaat. Tak faham tul. Tiba di Kerinci Syah tanya kaunter mengenai masalah nie dan mereka inform tadi mereka release semua kad pelanggan yg ada masalah pagi tadi tanpa caj kami. Entahlah ................
- Lunch pula, Terlanjur ke KL Sentral Syah ingat hendak makan sandwich Subway tetapi bila teringat tangan mamat nepal tu berdarah masa sediakan sandwich beberapa bulan lepas, tak jadi Syah nak beli. Geli rasanya ...........Heheheheh. So Syah ke food court dan mamam young tau foo dan barli panas. Masa di stesyen Kerinci Syah beli buah jambu batu. Sampai office jer Kak Has offer wade, katanya Fatin belanja. Banyak makan lak? Opsss mesti control kalau tak gemuk balik nampak gayanya nie.
- Syah ke Ampang Park coz hendak bayar kad kredit Citibank. Syah tak guna mesin tapi buat bayaran di kaunter di Aras 3. Syah bayar RM5K untuk kurangkan bayaran bulanan. Syah hanya bayar satu kad dahulu coz Syah sudah kehabisan limit RM5k pengeluaran sehari untuk keluarkan duit dari ATM Maybank. kad lagi satu esok baru Syah buat bayaran. Lepas nie buat bayaran minimum paymen jer, coz dah murah sedikit kerana dah langsaikan RM5k dan ada ballance RM3k lagi. ............. Kenalah buat cam nie at least kurang juga interestnya.
Hari ini Syah balik KL Residence.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.