Hari ini Syah tak masak untuk lunch kerana ada kenduri kahwin anak kawan Muss di Taman Ehsan, Kepong. Pagi tadi Syah dan Muss ke Pasar Tani manakala Cd kemas sangkar kuching. Syah beli sarapan kuih manakala Muss beli Nasi Lemak untuk dia dan meehon goreng untuk Cd. Dipasar tani Syah beli kuih dan betik manakala Muss beli keperluan dapur termasuk kepah. Memang tak masak tapi Muss suruh Syah masa Kepah tu dan Syahpun masaklah coz sian dia petang nanti nak outstation ke Pahang.
Tenghari hujan pula dan jam 12:00tgh we all bertolak ke Kepong. Muss cari rumah pengantin ikut peta dalam kad jemputan kerana GPSnya tak dapat cari Taman Ehsan, Kepong. Pelik dan lawak lak rasanya. Adalah 1/2jam dirumah pengantin dan kami pun balik ke rumah. Dapatlah souvenir pengantin dan buah epal serta lollypop yang Syah ambil sepatutnya untuk kanak-kanak. HEhehehhe . Sekarang jam 03:22pm dan Mus sedang tidur manakala Cd menonton TV. Jam 04:30pm nanti kawan-kawan Muss datang iaitu Zamri dan Anis. Kali ini Muss bawa kereta dia pula.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.