Pagi tadi selepas balik dari TM Point Syah jumpa Din atau nama sebenarnya Ruzauddin Zaini tolak troli sorang-sorang dan ada PC atas troli tu. Bila Syah tanya hendak kemana dia jawap TM Annexe 2. Kesian Syah tengok Mamat nie lalu Syah offer diri tolong dia hantarkan PC tu ke TM Annexe 2 coz Syah tahu jalan kat sana macam mana sebab selalu ke TM Annexe 2 atas urusan akaun. Din. Din ... Din ...... macam manalah awak nak tolak troli atas jalanraya dan kemudiannya mendaki bukit dan naik tangga untuk ke TM Annexe 2 tue. So Syah cadangkan jangan guna troli, dia bawa CPU dan Syah bawa Monitor, Keyboard dan wayar PC. So Syah dan Din jalan kaki sahaja ke TM Annexe 2. Adalah 1/2 jam kat office baru Din, sebab dia nak setup PC tu semula. Actually esok Din akan bertugas sepenuh masa ditempat barunya di Aras 16, TM Annexe 2 di Bahagian CSOC (Customer Service Operation Center), Syah dengar dia beritahu kakitangan disana. Ok DIN Best of Luck Bro....... jangan lupa kami di Menara TM yek? Nampak gayanya Izat makan sorang-sorang jer lah lepas nih coz kat TM Annexe 2 pun ada tempat makan sendiri dan salah satu tempat makan tu tokenya Latif Ibrahim, pelakon era 70an dan abang kepada penyanyi popular Dato' Khatijah Ibrahim. Kadangkala Syah juga ada minum-minum disitu dengan Kak Yam, adalah sekali sekala terjumpa Latif Ibrahim tetapi isterinya memang selalu ada kat situ.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.