Untuk brunch hari nie Syah masak Nasi Goreng Ikan Bilis Cili Api dan telur dadar. Ada ulam dan buah pisang berangan. Tengahari tadi Muss dan Cd makan nasi Goreng tu tapi Syah buat mee segera Cintan dan makan biskut Lexus Chocolate Creama plak coz rasa nak makan benda tuh. Nasi goreng nie simple sahaja dan resipi dari bonda saudara Syah, Bonda Ejon. bahan-bahannya cuma :-
- Cili Api atau ada setengah orang panggil cili burung.
- Bawang Putih / Merah
- Ikan Bilis
- Kobis dihiris halus
- Serbuk Perasa
- Garam
- Telur Ayam
- Nasi Putih
Cara-Cara :-
- Tumbuk Cili Api, Bawang Merah/Putih dan Ikan Bilis sekali. My style, Syah akan tumbuk cili api dahulu sampai lumat bijinya coz Syah tak suka tengok biji cili tu. Selepas lumat cili api tu Syah masukkan ikan bilis dan tumbuk sampai hancur sedikt sahaja dan masukkan bawang tadi dan tumbuk sedikit.
- Panas minyak dan masukkan bahan di atas. Tumis sampai garing.
- Masukkan Nasi dan kacau hingga rata.
- Buat lubang ditengah kuali dan pecahkan telur. kacau telur tu seketika hingga masak dan gaulkan dengan nasi tadi hingga sekata.
- Masukkan serbuk perasa dan garam dan kacau supaya garam dan serbuk perasi tu sebati dengan nasi.
- Masukkan kobis dan kacau seketika hingga kobis masak.
- Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng dan telur dadar. Macam Syah, Syah susun telur tu ditepi nasi supaya senang dimakan tapi terpulang kepada kreativiti anda. Anda juga boleh dadar nipis telur tadi dan digulung macam buat kuih ketayap dan dipotong nipis-nipis dan taburkan atas nasi goreng anda.
Anda juga boleh menambahkan ikan bilis goreng dan kacang goreng dan ditabur atas nasi atau digaulkan sekali bersama nasi. Seperkara lagi. Jika anda suka, semasa menumis tadi anda boleh masukkan belacan dan lebih sedaplagi jika belacan tu dibakar hingga wangi dahulu. Selamat mencuba kerana ianya masakan yang simple dan mudah disediakan untuk keluarga terutamanya di hujung minggu atau balik dari pejabat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.