Hari ini Syah balik ke Rawang Residence. Dari office ke KL Sentral dan ambil Shuttle train ke Ipoh. Bertuah Syah kerana Shuttle train nie sudah ada jadual baru dan ianya hanya berhenti di Stesyen KTM Rawang sahaja dari KL Sentral, stesyen seterusnya dia berhenti selepas Rawang Syah kurang pasti.. So pada penumpang yang hendak ke Rawang, anda boleh naik shuttle nie dan akan dihantar direct ke Rawang tanpa bertolak-tolak dan berhimpit-himpit seperti naik komuter. Train akan bergerak tepat jam 06:05pm dan perjalannan tanpa henti ke Rawang memakasa 45 minit hingga 1 jam bergantung kepada trafik railway. Kakitangan KTM akan memeriksa ticket dan tunjukkan sahaja manual ticket atau touch n go anda sebagai bukti anda telah membeli ticket.
Sampai di Rawang Residence selepas Maghrib. Syah mandi dan solat sambil start AEL67. Mengenai masalah macam air /minyak keluar tu Azrin kata itu air sahaja bukan minyak yang bocor. Dia call Syah malam tadi. Selepas tu Syah ke pasar malam, kebetulan Khamis malam Jumaat ada pasar malam di Rawang Residence Syah. Syah beli 5 cucuk satay ayam, tau fo fa, soya bean panas dan mineral water. Lepas makan Syah solat dan rehat sebentar dan selepas tu sapu depan rumah, basuh AEL dan Car Porch.. Sekarang jam 12:30pm dan Syah sedang update blog dan FB.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.