Sempena Lebaran yang akan tiba beberapa hari lagi, Syah nak berkongsi tips menjaga keselamatan pejabat dengan anda semua seperti yang telah dikeluarkan oleh Group Corporate Communication, TM iaitu syarikat tempat Syah bertugas. Mungkin anda boleh benchmark cara-cara kami.
- &&&&&&&&&&&&&&&&&&
Warga TM sekalian,
Mulai 9 hingga 19 September 2010, semua anggota TM akan mula bercuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri. Pejabat tempat kita bekerja akan ditinggalkan buat seketika.
Dalam suasana riang gembira pada musim perayaan sebegini, janganlah kita lupa akan keselamatan pejabat/tempat kerja yang kita tinggalkan ini. Kita mesti mengambil tindakan untuk memastikan pejabat/tempat kerja kita juga sentiasa terjamin keselamatannya dan langkah-langkah keselamatan pencegahan awal yang perlu.
Berikut adalah langkah-langkah keselamatan berpatutan yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh setiap anggota untuk memastikan keselamatan pejabat/tempat kerja dan sebagainya tidak terdedah kepada ancaman kecurian/kebakaran atau risiko-risiko lain.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM MENINGGALKAN PEJABAT/TEMPAT KERJA UNTUK BALIK BERCUTI PANJANG:

1. Pastikan semua pintu/tingkap/kabinet pejabat ditutup dan dikunci.
2. Pastikan tidak menyimpan barang-barang atau bahan-bahan yang mudah terbakar seperti mancis api, minyak petrol, kertas-kertas usang atau apa-apa jua yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran di dalam pejabat.
3. Mematikan punca elektrik yang disambung kepada komputer, printer, scanner, LCD, pengecas bateri telefon bimbit, telefon biasa, cerek elektrik, radio/mini kompo, TV, perakam video dan sebagainya.
4. Mematikan punca elektrik bagi penghawa dingin yang tidak diperlukan.
5. Jangan tinggalkan barang-barang berharga peribadi di pejabat/tempat kerja seperti wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, komputer peribadi dan lain-lain.
6. Pastikan pili/paip air ditutup ketat/kemas agar tidak berlaku kebocoran yang boleh menyebabkan banjir di pejabat dan merosakkan peralatan.
7. Pastikan laluan-laluan kecemasan dan pintu kecemasan di pejabat tidak terhalang.
8. Pastikan kenderaan syarikat tidak diletakkan di tempat yang dilarang/menghalang laluan kecemasan.
9. Pastikan kenderaan syarikat diletakkan di dalam kawasan TM. Semua pintu, tingkap, tangga pada kenderaan dikunci. Kenderaan-kenderaan persendirian tidak dibenarkan diletak di dalam premis TM semasa pulang bercuti.
10. Pastikan barang/peralatan berharga tidak disimpan di dalam kenderaan. Sila keluarkan dan simpan di dalam setor yang selamat.
11. Pastikan barangan berharga seperti laptop, “pettycash” dan sebagainya disimpan di dalam kabinet/peti besi/bilik kebal yang berkunci.
12. “Penyelia Pejabat” hendaklah memaklumkan perkara ini kepada semua anggota di bawah seliaannya supaya mengambil langkah-langkah keselamatan awal ini untuk mencegah daripada berlakunya bencana yang tidak diingini yang akan merugikan harta benda syarikat dan anggota sendiri.
13. “Penyelia Pejabat” dan “Penghulu Bangunan” hendaklah mempunyai senarai anggota premis/bangunan masing-masing alamat rumah/nombor telefon untuk tujuan perhubungan apabila diperlukan. Satu salinan hendaklah diberikan kepada Unit Keselamatan Negeri/Menara TM (jika boleh).
14. Jawatankuasa Premis/Bangunan (OSH Committee) berperanan dalam memastikan keselamatan di tempat kerja masing-masing.
15. Penyimpanan komputer peribadi di dalam kenderaan adalah dilarang sama sekali. Ini kerana pencuri dapat mengesan adanya komputer walaupun di dalam bonet kereta melalui alat pengesan bateri.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.