Friday, October 1, 2010

Elaun Mantan Sultan Kelantan Dilulus DUN - 01.10.2010

Mantan Sultan Kelantan
Sultan Ismail Petra ibni Al-Marhun Sultan Yahaya Petra

Shukur Alhamdulillah kerana elaun seumur hidup Mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahaya Petra telah diluluskan dalam Persidangan Khas DUN yang diadakan semalam 30.09.2010. Sebelum ini ada ura-ura yang menyatakan bahawa persidangan ini akan diadakan pada 27.09.2010 iaitu Isnin lepas dan Syah sentiasa menunggu keputusannya tapi rupa-rupanya persidangan khas DUN ini dilangsungkan semalam. Dalam persidangan tersebut, dua pindaan enekmen berkaitan elaun kerabat diraja dan peruntukan untuk Raja Perempuan telah diluluskan sebulat suara oleh semua ahli DUN termasuklah dari pihak pembangkang Barisan Nasional yang terdiri daripada enam orang wakil. Enakmen terlibat adalah : -

  • Enakmen Elaun-Elaun Kerabat DiRaja (Pindaan No.2) 2010
  • Enekmen Peruntukan DiRaja Bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Bagi Negeri Kelantan (pindaan) 2010.

Kedua-dua pindaan enakmen itu telah dicadangkan oleh YB Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan telah disokong oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Menurut MB, pindaan tersebut bertujuan membolehkan mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan mendapat elaun khas selepas pemasyuharan anakanda baginda, Sultan Muhammad Ke-V pada 13.09.2010 lepas.

Mantan Sultan Kelantan akan menerima elaun bulanan seumur hidup, sebuah kediaman dan kemudahan-kemudahan lain secukupnya. Mantan Raja Perempuan juga akan menerima elaun bulanan seumur hidup. Menurut speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, jumlah elaun Sultan Ismail tidak kurang daripada separuh elaun yang diterima oleh baginda semasa diatas tahta. Walau bagaimanapun jumlah elaun berkenaan dan kemudahan-kemudahan yang akan diterima oleh Mantan Sultan Kelantan tidak akan diumumkan secara terperinci kepada umum kerana ianya adalah dibawah status sulit.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.