Thursday, September 9, 2010

Ambil AEL di Rawang - 09.09.2010

Yuss berehat sebentar di ruamg tamu Rawang Residence Syah

Masa dalam kereta balik dari KLCC malam tadi Syah minta Muss dan Cd tolong ambil kereta Syah di Rawang hari ini tapi Muss macam diam sahaja. Bukan apa Syah pening kepala coz Mamat nak berbuka dengan kawan-kawan dia dan lepas berbuka baru nak balik kampung. Lepas berbuka tu Syah tak tahulah jam berapa. Jadi ikut plan asal Syah minta Mamat datang ambil Syah di KL dan naik motor dia ke Rawang Residence untuk balik kampung dengan AEL. Tapi bila Syah fikir semula buatnya hujan macam mana. Jadi datanglah idea tuh. Masa lepak menonton TV, Cd inform sudah minta tolong dengan kawannya Yus, Jam 01:30am Yus datang bersama isterinya Norli dan anaknya baby Darwish. So Syah, Muss, Cd, Yus, Norli dan Baby Darwish bertolak ke Rawang dan hampir jam 02:00am sampai ke Rawang Residence. Syah kemas dan ambil barang yang hendak dibawa dan Azrin datang rumah. Sebelum balik ke KL Residence, Syah singgah rumah Azrin dan sempat salam dengan Bak dan Fikri tetapi Mak Cik tak ada, tidur agaknya. Lepas tu Syah bertolak ke KL, Yuss, wife dan babynya bawa kereta Syah manakala Muss, Cd dan Syah naik kereta Muss, Cd drive. Masa sampai KL Residence Yuss inform kami katanya brake kereta Syah ada problem dan minta Syah bawa ke bengkel coz bahaya katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.