Tuesday, August 10, 2010

Surat Titah Cerai Sultan Kelantan / Elia - 10.08.2010

Tergendala lagi kes perbicaraan tertutup pengesahan lafaz cerai talak tiga Al-Sultan Kelantan terhadap Isteri Kedua Baginda yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Baharu, Kelantan pada Ahad lepas bersamaan 08.08.2010. Kita yang mengikuti kisah ini pun naik letih dengan keadaan yang berlaku apatah lagi pihak defendan yang berada dalam kemelut ini lagilah tertekan. Sekali lagi pihak plaintif buat hal dengan mengemukakan dua pucuk surat yang didakwa titah baginda melafazkan talak terhadap Cik Puan Elia dan arahan kepada Dato' Azamli Jamaluddin, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) supaya mendaftarkan penceraian baginda. Tak habis-habis dengan modal "titah baginda" oleh pihak-pihak tertentu dalam kemelut keluarga DiRaja Kelantan semenjak kebelakangan ini.
Gambar terbaru Cik Puan Elia Suhana Ahmad pada 08.08.2010 di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bahru, Kelantan.
  • Komentar Cik Puan Elia Suhana " Apa-apapun Hakim akan mengadap Tuanku Sultan sendiri dan kita tunggulah, insya-Allah saya kenal Tuanku Sultan "
Sehubungan dengan ini peguam defendan (Cik Puan Elia Suhana Ahmad), Fakhrul Azman Abu Bakar telah membuat bantahan terhadap surat-surat yang dikemukakan oleh plaintif (Nik Rorhana Wan Abdul Rahman) menyebabkan Mahkamah membuat keputusan untuk mengadap Al-Sultan Kelantan sendiri untuk mendapatkan pengesahan dan kepastian berhubung isu ini. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Abdullah Man memaklumkan bahawa beliau akan mengadap Al-Sultan Kelantan di Istana Mahkota pada tarikh yang sesuai setelah mendapat kebenaran pihak Istana Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.