Memasak dibulan puasa adalah kemestian bagi yang tidak suka makan luar. Walau bagaimanapun untuk menentukan keenak sesuatu hidangan itu adalah bergantung pada rasanya. Kalau tak dirasa masam, manis dan masinya tak sempurnalah makanan tu dan ditakuti akan terlalu tawar atau terlalu masin. Timbul kemusykilan berhubung cara merasa masakan yang kita masak dibulan puasa. Jangan bimbang, bagi anda yang suka memasak tidak akan batal puasanya jika ia merasa makanan itu dihujung lidah sahaja. Tetapi bagi individu yang tidak terlibat dengan aktiviti memasak makanan berkenaan tidak boleh berbuat demikian dan jika dilakukan akan batal puasanya. Contohnya seperti gambar di atas, jika anda memasak dan anak-anak melihat anda semasa memasak maka yang boleh merasa hanya anda sahaja manakala anak-anak tidak boleh berbuat begitu. So apa lagi cik akak dan cik abang yang memasak tu jangan was-was untuk merasa masakan anda hanya dihujung lidah sahaja.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.