Wednesday, August 4, 2010

Pendikar Amin Mengadap SUltan Brunei - 04.08.2010

Semalam 03.08.2010 Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Utama Pendikar Amin bin Haji Mulia telah mengadap KDYMM Sultan Brunei di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam. Turut serta dalam rombongan ini adalah ahli parlimen Langkawi, Sepanggar, Batang Sadong dan Setiausaha Dewan Rakyat serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Dato' Ku Jaafar Ku Shaari. YB Tan Sri merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-8 menggantikan YB Tan Sri Datuk Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib pada 28.04.2008 hingga sekarang.

Tahukah anda jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat merupakan satu jawatan yang penyandangnya boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyaat atau pun bukan ahli tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun bagi jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mestilah dipilih dari kalangan Ahli Parlimen (MP). Jika sesorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ingin menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat beliau hendaklah meletkkan jawatan sebagai ADUN. Jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak hadir persidangan maka Timbalannya akan mengambil alih sebagai pengerusi persidangan.

Tugas-Tugas Yang di-Pertua Dewan Rakyat :-

  • Bertanggung jawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan lancar
  • Memastikan perbahasan adalah berkaitan dengan perkara yang dibahaskan
  • Membuat keputusan mengenai peraturan-peraturan mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan
  • Mengesahkan bil-bil perbelanjaan/kewangan sebelum bil-bil berkenaan dibawa kedalam Dewan Rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.