Hari ini beberapa buah negeri di Malaysia bercuti sempena Nuzul Quran. Selangor cuti tapi Kuala Lumpur tidak dan situasi ini akan mengundang kesesakan lalulintas kerana ramai yang akan mengambil peluang keemasan ini untuk membeli belah di Kuala Lumpur bagi persiapan hari lebaran yang bakal menjelang tidak lama lagi. Tidak semua yang tinggal di KL bertugas di KL. Berbalik kepada Nuzul Quraan ini, Tahukah anda sebenarnya masih ramai diantara kita masih tidak boleh menjawap bila ditanya apa itu Nuzul Quraan. Kebanyakan kita tahu Nuzul Quran itu cuti umum sahaja. Syahpun bukannya pandai sangat berhubung isu yang melibatkan agama tapi Syah nak kongsi bersama anda apa yang Syah tahu mengenai Nuzul Quraan secara ringkas sahaja.
Nuzul diambil daripada perkataan Arab membawa maksud PENURUNAN manakala AL-QURAN merupakan Kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir Zaman iaitu junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Sehubungan dengan itu Nuzul Quraan membawa erti sebagai sambutan hari Penurunan Al-Quraan kepada Baginda Rasulullah SAW (Umat Manusia). Macam kita menyambut Hari Kemerdekaan, Hari 1Malaysia dan seumpamanya. Al-Quraan diturunkan dari Allah SWT ke Luh Mahfuz dan kemudiannya ke Baitul Izzah (langit dunia) kemudiannya kepada Rasulalah SAW secara berperingkat. Al-Quraan diturunkan kepada baginda semenjak dilantik sebagai Rasulullah SAW dan selesai sebelum Baginda wafat (meninggal dunia). Proses ini mengambil masa selama dua puluh tiga (23) tahun untuk selesai iaitu sepuluh (10) tahun di Madinah Al-Munawarah dan tiga belas (13) tahun di Mekah Al-Mukaramah.
Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada malam 17 Ramadhan, ketika Baginda sedang beribadat dan mengasingkan diri untuk mencari ketenangan (berkhlawat) di gua Hira', Baginda telah didatangi oleih Malikat Jibril AS membawa wahyu pertama. Jibrail AS menyuruh Baginda membaca tetapi Baginda tidak tahu membaca lalu Jibrail AS memeluk Baginda dan disuruh membaca sehingga tiga kali. Akhirnya Baginda dapat membaca surah Al-A'laq, ayat 1 hingga 5 dengan bimbingan Jibrail AS. Ayat berkenaan merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Baginda ketika dilantik sebagai Rasulullah dalam usia Baginda 40 tahun. Berdasarkan tarikh inilah Nuzul Quraan disambut oleh Umat Islam setiap tahun di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.